• octachoron.bs.com {♥}

M&F {:

  • Music.
  • Rekues?

  • Cravings.
  • • Color-edContactLens (:
    • Bugis-ing (:
    • Black, BlackGrey Cardigan (:
    • Black skinnies (:

  • Sponsor Ads.

  • Ads.

  • Top Commentators.

  • Recent post.

  • My Life // (♥)

  • Linksphere.
  • //Chokilala //Angrianiworld //Lensalily //Blogmenjerit //♥nesyazainal friend //SufianBlog //Belog friend

  • Blogspot.
  • //Sarralegend //Ted //Uly //ShakRoil //JomPHP //Mira //nbk @ blogger //Fareez //Ratu Salju //Luth //Sparkystar //Neo //Reef //Qemmal //3K (Kaji, Kritik, Kantoi) //AfiQ //Joke //Marzuki //Ynn //Najlaa friend

    .Thursday, October 16, 2008 ' ♥
    ♥ : sahabat dan kekasih ♥ : posted by Mulhayati
    Sahabat.Apakah ertinya sahabat?..
    Kekasih.Apakah pula ertinya kekasih?..
    Antara kekasih dan sahabat..
    Berkasih dengan sahabat..Bersahabat dengan kekasih..
    :puteh_10:

    Labels: ,

    L♥ve ends @7:24 PM
    6 Comment(s) | Klik Negaraku

    .Tuesday, October 14, 2008 ' ♥
    ♥ : Open House di rumah fqbloggers ♥ : posted by Mulhayati
    Hye semua!Hari ni hari yang amat berbahagia kerana aku dan rakan-rakan ofisku menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh seorang sahabat yang bernama AFIQ.Weh, tak ku sangka, meriah jugak keadaan di rumah kamu sampai orang-orang penting pun bawak seisi keluarga datang beraya. Huhu..Wah, kemain..Otai, JP H***a, Bro A**m pun datang beb! Pandai ko pujuk dorunk datang ek?Haha..Meriah...Meriah suasana..

    Kami dihidangkan dengan Laksa masakan AFIQ dan ibunya, tepung pelita, bubur pulut hitam, kuih-muih dan air pelbagai rasa. Wah, fq bagaikan anak dara tunggal dirumahnya kulur-kilir menjamu tetamu yang datang, tuangkan air, hidangkan makanan, tambah makanan yang kurang, angkut pinggan mangkuk ke depan ke belakang..Kalah aku beb! Maklumlah, die sorang je anak yang ada kat rumah.Adik-adik perempuan beliau semua kat hostel tuk berjihad.Hoho..Kemain ibu die memuji sakan anak lelakinya yang sorang tuh.Tanggungjawab besar, maklumla, anak lelaki tunggal dalam keluarga.Sulung pulak tuh!Hakhak..Sudah, sudah, cukup sesi memuji kamu disini.. Kang ada lak yang terpikat kang.. Melepas awek mu nanti..Huhu..

    Well, sedia maklum dengan gelagat anak-anak dara syarikat, membuka ruangan di suatu sudut di rumah tersebut. Dok sok sek, sok sek..Haha...kelakar..Gurauan demi gurauan.. Kami pun makan sambil berborak. Kak huda tak lepas dengan gelak tawanya.Kak Lina terserlah kecomelannya mengkaver ayu.Aku ngan Kak Lin, gelak-gelak sakan. Beround-round kami makan. Sampai kekembungan. Terserlah kelaparan masing-masing.Hihi.. Budak-budak lelaki, tak tahu ape cerita kat depan. Dengar-dengar, melantak sakan.Hoho, betulkah?

    Huhu..Neway, dengan ape yang berlaku pada hari ni, aku rasa aku belum ada lagi ciri-ciri menantu idaman. Hukhuk..Segan aku ngan tuan rumah, tak dapat nak tolong ape-ape.. Hurm.. Aku terbayang gak lah kan.. Entah macam mana pulak kalo aku g umah bakal mak mertua nanti.. Huhu...Kene banyak berlatih ni..Huhu..Kalo tak, tabole kawin nanti..NgeeE..

    Anyway, thanks tuk tuan rumah yang sudi mengadakan rumah terbuka dan menjamu kami makan sehingga kenyang. Tahun depan, jemput lagi ye dok?Huhu..

    Perhatian : Rini bodyguard aku adalah seorang jejaka kacak yang bernama Ilham, iaitu adik teruna tunggal dalam keluarga aku ni. Abes kene puji muka macam Jerico Gonzalez (betulkah? aku eja ni?)Huhu..g check ejaan sendiri lah ok? Aku malas nak search. Ala, yang berlakon dalam cerita Pangako Sayyo tuh! Kagum dengan die, pandai beradab kalo g umah orang. Berbunga-bunga hati dapat adik camtu. Hihi..
    :Cute_Panda_18:

    Labels: ,

    L♥ve ends @10:13 PM
    3 Comment(s) | Klik Negaraku

    ' ♥
    ♥ : Gula dan Kopi! ♥ : posted by the12
    kopi
    Gula itu pahit
    Kopi itu manis
    Putih itu pahit
    Hitam itu manis

    ...

    Labels: , , ,

    L♥ve ends @9:15 AM
    6 Comment(s) | Klik Negaraku

    .Saturday, October 11, 2008 ' ♥
    ♥ : Pop Corn dan Dia. ♥ : posted by the12
    picture credit: TGV(Fury)

    Salam hari minggu! Semalam aku tak dapat nak penuhi impian cik mully nak mintak aku update sebab aku mengantuk giler, masa balik dari seremban pun terhangguk - hangguk aku tidur dalam komuter sampai mimpi - mimpi badan aku kena frost (sejuk punya pasal), nasib baik tak mengigau. Kang tak pasal - pasal kena lepuk dengan penumpang yang tension kena berdiri berpuluh kilometer ke destinasi yang nak dituju.

    Update kali ni nak buat review pasal satu cerita yang agak menarik mengikut pandangan anak mata aku. Ok. Ada sedikit pesanan bagi penonton wayang yang mukanya agak comel dan umur dalam lingkungan 19-21tahun. Cerita ni 18SG, masa nak beli tiket tu pastikan mimik muka kena ganas. Jangan senyum - senyum, jangan sengih - sengih. Pesanan ini dibawa berdasarkan pengalaman terkini. Memang sadis la bila berdepan situasi tu. Siap kena tunjuk kad pengenalan pulak tu. Makin terasa sadis, kenapa dia tak minta nak tengok kad pengenalan cik mully sekali?

    Tapi tak kisah la kan, aku tetap dapat melepasi halangan tu. Berbalik kepada tujuan asal aku. Cerita ni mengisahkan kehidupan seorang anak gadis bernama Zen yang tak berapa normal merangkap kepada spesies manusia normal yang ada kelebihan(cepat belajar melalui apa yang dia lihat dan tahap kepekaan yang tinggi). Kelahiran Zen ini disebabkan oleh mak(Zin) dia yang tertidur dengan ayah(Masashi) dia. Jangan tanya aku lebih - lebih bahagian ni, sebab tetiba je aku tengok dia dah bangun tidur sambil nak menyalakan rokok.

    Masashi ialah yakuza dari jepun, dan Zin ialah dari geng "ah long" di thailand. Diorang ni di paksa berpisah sebab ketua kumpulan Zin ni agak meluat melihat diorang berdua ni berpacaran, mungkin jeles la kot. Jadi masashi pun amik keputusan untuk pulang ke jepun dan tinggalkan Zin di bangkok. Zin meneruskan perjuangan hidup kat bangkok sebagai ibu tunggal. Diorang berdua masih berhubung menggunakan surat. (tak logik kan, handphone ada, nak jugak guna surat). Hasil dari perutusan surat cinta antara mereka berdua menyebabkan mereka terkantoi dengan ketua yang jeles itu.

    Disebabkan ketua si Zin ni terlampau jeles, maka dia datang memberi amaran lagi supaya mereka tak teruskan hubungan tersebut. Bercakap dengan mulut pun tak memberi kesan, jadi ibu jari kaki Zin dipotong bagi memberi peringatan supaya perkara lama tak berulang.

    Zin masih meneruskan hidup dengan anak nya dan berpindah ke tempat yang baru. Tempat yang baru dia duduk ni bersebelahan dengan akedemi Muay Thai. Jadi, Zen yang semakin membesar dan terus membesar di tempat tersebut. Zen sentiasa skodeng melalui tingkap, untuk melihat aksi - aksi lelaki tak berbaju berlatih Muay Thai. Excited punya pasal, Zen pun ada gak cuba berlatih meyepak tiang tangga rumah dia. Sampai luka - luka kaki. Dalam masa yang sama, Zin didapati menghidap kanser dan memerlukan rawatan yang memakan belanja yang tinggi dan sangat memerlukan duit. Disebabkan mereka dihimpit kemiskinan, Zen bersama seorang kawan(Moon), mencari duit dengan membuat pertunjukan di jalanan dengan menggunakan kelebihan yang Zen ada iaitu menangkap objek yang di baling. Contoh nye macam bola ke. Dan ada pulak mamat gangster yang membaling pisau dan turut disambut mesra oleh Zen. Ada aksi berlawan ketika ni, tak dapat aku gambarkan melalui keybord ni. (Moon ni lelaki tau..memula aku konpius gak)

    Entah macam mana, Si Moon ni terjumpa buku 555 Mak Cik Zin. Dalam buku tu tersenarai la si penghutang lama. Maka, dengan keberanian sebanyak 20%, dia dan Zen pun pergi la menuntut duit tersebut.. dan bagi memenuhkan aksi dalam cerita ni, bukan senang la nak dapat duit tu. Perlu la ada aksi tumbuk menumbuk. Tendang menendang. Lompat melompat. dan macam - macam lagi. Hutang 500Baht pun susah nak bayar, kena pulak berbaling pisau. Tercucuk dada. Tercucuk kaki.

    Mula dari babak mamat gangster kena belasah sampai ke habis cerita, penuh dengan aksi je la kan. Korang pergi la tonton sendiri cerita. Kalau aku cerita panjang lebar pun, tak sama situasi nye bila di tengok dengan mata sendiri. Mau terangkat kaki nak terikutkan aksi - aksi yang dipaparkan. hehe.

    Ok. Tamat disini. Semoga gembira menonton. Dan sebarang ketidak puas hati anda tiada kaitan dengan aku.. sebab review ni di buat berdasarkan pandangan anak mata aku jer. Sekian.

    -------------------------------------------------------------------------------------------------


    Mcm mana nak senyum weh?

    Aku suka makan pop corn. Setiap kali abis tengok wayang mesti aku kena bersihkan baju dari serpihan pop corn yang melekat kat baju aku. Huhu. Cik mully la jadi cleaner.

    p/s : Cik mully, nanti suruh ham repair side mirror motor. Segan betul Encik polis pandang senget kat kita. Lenkali kita redah sampai PD.

    Labels: , , ,

    L♥ve ends @8:26 PM
    7 Comment(s) | Klik Negaraku

    ' ♥
    ♥ : ~dating time!!~ ♥ : posted by Mulhayati
    Wahai pembaca Blog ni!!:botol_38:

    Aku nak tanya sekarang..dah berapa lama korang tak pergi pawagam untuk menonton filem sambil berdating?!!
    Hukhuk..Aku pun tak sangka hari ni dapat menonton filem aksi sambil menuntun tangan:botol_47:, haha..
    Neway aku nak hebah-hebahkan satu cerita aksi dari siam ni kat korang...siape yang minat action story yang ganas-ganas tuh..try la nengok cite tuh..
    Best Gler!!!:botol_11:
    Dasyat!!!:botol_08:
    Dan Menggerunkan!!!:botol_54:

    Huhu..The title is"Fury"!!Kalah aksi Jackie Chan weh..Tapi, cerita ni 18SG..Korang kire balik umor korang, cukup tak sebelum g kaunter tuk membeli tiket..?Jangan kene halau sebab tak cukup umur sudah la..Huahaha...**Ada cerita best yang berlaku kat sini, ku serahkan padamu Octa..Huhu..

    Filem ni pilihan Octa, aku akan berpuas hati bila movie yang dipilih tuk ditonton tu pilihan Octa tercinta..Huhu..Syok wo..Nengok wayang ngan Octa..Kalau aku tak paham, on the spot die akan terang kat aku punye lah..Hehe..

    Perjalanan hari ni tak dirancang pun..Octa tak sangka pun aku akan menarik tangan beliau menuju ke cinema..Wah...bestnya...dapat berkepit sebentar dengan Octa..Lama dah tak jumpa..Macam-macam jugak la cerita yang sudah dikongsikan bersama...

    Weee...dah lama tak share Pop Corn, share Hot Dog, share Cheezels, share Coke..huhu, bahagianya:botol_46:...Aku paling suka bila Octa dah pegang Pop Corn...Tak berenti menyuap...Selagi tak licin Pop Corn tu, mulut die tak berenti mengunyah..haha...Gelojoh2 die..Ingat gak kat aku..Aku jer yang selalu lupe nak tinggalkan sikit tuk die..Hehe..Bahagia betul bila dapat tengok Octa makan dan kekenyangan..

    ChoP!!Octa masih kurus walaupun berselera tinggi orangnya..Entah macam mana aku nak bagi die bulat sket ntah..Hoho..Aku pun dalam proses nak memantapkan saizku ini:botol_39:..Jom Octa!! Amalkan diet pemakanan yang sehat lagi berkhasiat..Minggu depan kita jumpa, kita pi santap kat MEKDI ok??Nyum-nyum..Big Mac 2 set tuk kamu..3 set tuk ayg tercinta..Deal??Huhu..
    :48:
    Kalau diikutkan..Panjang lagi aku nak bercerita..Maklum la..Da sebulan lebih aku tak jumpa kekasih hati yang jauh ni..:botol_02:..Rindu tak terkata..Jumpa lagi dalam masa yang terdekat ok..?Huhu..:botol_45:

    >>Mesti tidur malam ni lena je..Hikhik..:botol_47:Nak mimpi-mimpi lah malam ni, huhu..

    Labels: , ,

    L♥ve ends @7:40 PM
    8 Comment(s) | Klik Negaraku

    .Thursday, October 9, 2008 ' ♥
    ♥ : Hidup ini berkitaran! ♥ : posted by the12

    Terkadang di bawah
    Terkadang di atas
    Di bawah sukar
    Di atas susah

    ...

    Labels: , , ,

    L♥ve ends @6:26 AM
    2 Comment(s) | Klik Negaraku

    .Tuesday, October 7, 2008 ' ♥
    ♥ : hari ni hari selasa..miss mully2 in selasa day ♥ : posted by Mulhayati
    Hujan masih belum berhenti dikala jam menunjukkan pukul 4.00 ptg bersamaan 7 October..Eh, kamu octa, dimanakah gerangan kamu di saat ini? Huhu..

    Hari ini, aku dijemput untuk datang beraya ke rumah Kak Lin yang berdekatan dengan ofis pukul pada 8.00 malam..Aku juga dijemput untuk bermalam di rumah Kak Huda & Kak Lyna...Dengan erti kata lain..Lepak semalam di rumah mereka..Tapi...aku tak membawa sebarang baju spare untuk bermalam di rumah mereka..haha..Macam mana ni? Aku nak..tapi aku malas nak menjelajah jalan raya ke rumahku semata-mata nak ambil baju..Ala Kak Lin...Napa ajak hari ni..?Tak prepare pape pun..Nak balik malam pulak malas..huhu..Agaknya, apalah keputusan ku nanti..

    Haish...seronok betul bila semua staff ofis sudah kembali kerja semula..baru lah happening suasana...Lagi2 ada Kak huda and Kak Lyna..Tapi semua staff lelaki berangkat ke shah Alam untuk menyelesaikan kerja disana..(Patutnya aku ikut sekali, tapi cancel sebab ade paper work yang nak disediakan, urgent)..Alhamdullilah..dah sattle dah pun jap tadi..hehe...

    While..aku dengar cerita yang internet kat makmal ni akan di tamatkan riwayatnya tak lama lagi..Alamat aku tak dapat lah nak bersiaran langsung dari ofis lagi..huhu..Hurm...Neway..Aku akan up to date jugak dengan blog ni..wuwuwu..Walau apa pun caranya..NgeeE..:44:

    **Aku jugak ada menda lain nak di siarkan...tapi belum masanya lagi...ofis bukan tempat yang sesuai..huhu...

    *****************************************************************
    sambungannya..

    Sebenarnya..aku baru pulang dari rumah Kak Lin tepat pukul 10.00 mlm tadi..Perjalanan yang amat menyeramkan...nasib baik aku ditemani adikku Imelda..Ibu aku suruh balik cepat..Hee..
    Tak sangka aku..bakal tunang Kak Lin, iaitu Abg Arai pun ada sekali..Oh.. dia rupanya..dia juga senior aku kat Poli..Sekarang sudah berjaya..Sama bidang dengan aku dan octa..Huhu..
    Kat rumah Kak Lin, kami makan Nasi Impit, Kuah Lontong, Kuah Kacang, malah ada Nasi Lemak Ayam gitu..Huhu..Weh! Aku jumpa kuih favourite aku setelah bertahun mencari..Mama Carie..Korang tau yang mana satu tak..?sedap!aku suka..=)

    Well..pergi beraya ke rumah Kak Lin sudah..tapi maaf kepada Kak Lyna & Kak Huda..tak dapat la nak lepak kat rumah kamu berdua..tak berani la sorang-sorang naik superbike malam-malam kat black area sana...Seram seh..tak sanggup i nak redah nyah~..Takut...Aku ni memang penakut..hukhuk..Best!! Lepas ni giliran rumah sape lak? Sila angkat tangan..

    Labels: ,

    L♥ve ends @3:55 PM
    5 Comment(s) | Klik Negaraku

    Hate me , click here . (:
    person LOVE me .
    Yfb
    designer| bases| others

  • New!.

  • NEW EMOTICON CULIK DISINI!

  • Craps.
  • ue spam , i ban . :D

    CHATBOX
    Pilihan :
    Ngumpat? | Taubat?

  • Blogger.
  • F&M ♥

    Profileees , :D

  • Rewind.
  • March 2008; April 2008; May 2008; June 2008; July 2008; August 2008; September 2008; October 2008;

  • Recent Comment.