Salam hari minggu! Semalam aku tak dapat nak penuhi impian cik mully nak mintak aku update sebab aku mengantuk giler, masa balik dari seremban pun terhangguk - hangguk aku tidur dalam komuter sampai mimpi - mimpi badan aku kena frost (sejuk punya pasal), nasib baik tak mengigau. Kang tak pasal - pasal kena lepuk dengan penumpang yang tension kena berdiri berpuluh kilometer ke destinasi yang nak dituju.
Update kali ni nak buat review pasal satu cerita yang agak menarik mengikut pandangan anak mata aku. Ok. Ada sedikit pesanan bagi penonton wayang yang mukanya agak comel dan umur dalam lingkungan 19-21tahun. Cerita ni 18SG, masa nak beli tiket tu pastikan mimik muka kena ganas. Jangan senyum - senyum, jangan sengih - sengih. Pesanan ini dibawa berdasarkan pengalaman terkini. Memang sadis la bila berdepan situasi tu. Siap kena tunjuk kad pengenalan pulak tu. Makin terasa sadis, kenapa dia tak minta nak tengok kad pengenalan cik mully sekali?
Tapi tak kisah la kan, aku tetap dapat melepasi halangan tu. Berbalik kepada tujuan asal aku. Cerita ni mengisahkan kehidupan seorang anak gadis bernama Zen yang tak berapa normal merangkap kepada spesies manusia normal yang ada kelebihan(cepat belajar melalui apa yang dia lihat dan tahap kepekaan yang tinggi). Kelahiran Zen ini disebabkan oleh mak(Zin) dia yang tertidur dengan ayah(Masashi) dia. Jangan tanya aku lebih - lebih bahagian ni, sebab tetiba je aku tengok dia dah bangun tidur sambil nak menyalakan rokok.
Masashi ialah yakuza dari jepun, dan Zin ialah dari geng "ah long" di thailand. Diorang ni di paksa berpisah sebab ketua kumpulan Zin ni agak meluat melihat diorang berdua ni berpacaran, mungkin jeles la kot. Jadi masashi pun amik keputusan untuk pulang ke jepun dan tinggalkan Zin di bangkok. Zin meneruskan perjuangan hidup kat bangkok sebagai ibu tunggal. Diorang berdua masih berhubung menggunakan surat. (tak logik kan, handphone ada, nak jugak guna surat). Hasil dari perutusan surat cinta antara mereka berdua menyebabkan mereka terkantoi dengan ketua yang jeles itu.
Disebabkan ketua si Zin ni terlampau jeles, maka dia datang memberi amaran lagi supaya mereka tak teruskan hubungan tersebut. Bercakap dengan mulut pun tak memberi kesan, jadi ibu jari kaki Zin dipotong bagi memberi peringatan supaya perkara lama tak berulang.
Zin masih meneruskan hidup dengan anak nya dan berpindah ke tempat yang baru. Tempat yang baru dia duduk ni bersebelahan dengan akedemi
Muay Thai. Jadi, Zen yang semakin membesar dan terus membesar di tempat tersebut. Zen sentiasa skodeng melalui tingkap, untuk melihat aksi - aksi lelaki tak berbaju berlatih Muay Thai. Excited punya pasal, Zen pun ada gak cuba berlatih meyepak tiang tangga rumah dia. Sampai luka - luka kaki. Dalam masa yang sama, Zin didapati menghidap kanser dan memerlukan rawatan yang memakan belanja yang tinggi dan sangat memerlukan duit. Disebabkan mereka dihimpit kemiskinan, Zen bersama seorang kawan(Moon), mencari duit dengan membuat pertunjukan di jalanan dengan menggunakan kelebihan yang Zen ada iaitu menangkap objek yang di baling. Contoh nye macam bola ke. Dan ada pulak mamat gangster yang membaling pisau dan turut disambut mesra oleh Zen. Ada aksi berlawan ketika ni, tak dapat aku gambarkan melalui keybord ni. (Moon ni lelaki tau..memula aku konpius gak)
Entah macam mana, Si Moon ni terjumpa buku 555 Mak Cik Zin. Dalam buku tu tersenarai la si penghutang lama. Maka, dengan keberanian sebanyak 20%, dia dan Zen pun pergi la menuntut duit tersebut.. dan bagi memenuhkan aksi dalam cerita ni, bukan senang la nak dapat duit tu. Perlu la ada aksi tumbuk menumbuk. Tendang menendang. Lompat melompat. dan macam - macam lagi. Hutang 500Baht pun susah nak bayar, kena pulak berbaling pisau. Tercucuk dada. Tercucuk kaki.
Mula dari babak mamat gangster kena belasah sampai ke habis cerita, penuh dengan aksi je la kan. Korang pergi la tonton sendiri cerita. Kalau aku cerita panjang lebar pun, tak sama situasi nye bila di tengok dengan mata sendiri. Mau terangkat kaki nak terikutkan aksi - aksi yang dipaparkan. hehe.
Ok. Tamat disini. Semoga gembira menonton. Dan sebarang ketidak puas hati anda tiada kaitan dengan aku.. sebab review ni di buat berdasarkan pandangan anak mata aku jer. Sekian.
-------------------------------------------------------------------------------------------------