Tell me if time should make a change
Then why do I feel the same?




Tagboard

Your tagboard codes here!
Width not more than 170px please.

Rimas..
Saturday, March 29, 2008 / 10:48 PM

[10:48pm]

RIMAS!!

C++ tak siap..(napa cikgu begitu KEJAM??)

Baik pulih tak study lagi..Isnin ada kuiz!!

Motor kotor nak mampus..Dah berapa minggu ntah tak basuh..
Sok pagi - pagi lagi kena basuh sampai bersih.
Kena la bangun awal tuk mengelakkan aku basuh motor dibawah cahaya matahari yg akan menyelar kulit aku..(jaga 'tona' kulit la yg tak berapa nak cerah ni..)

Sok nak jumpa kekasih.. motor kena kilat sampai silau anak mata..
=> baru lepas cuci helmet. hehehe.

[30march2008 | 4:25pm]

C++ siap!!

TERIMA KASIH kepada yang membantu..
(member2 carigold.com)

Labels:




Pagi yang gelap!
/ 6:35 AM

[6:01am]

Motor ada member pinjam..
Semalam bukan main manis mulut..kata kejap je..
alih - alih..sampai pagi ni  tak balik..
Siot tul!!!!!!!!!!!

Aku nak balik KL pagi ni.. sebelum kul7pagi..

Bikin panas ati je bangun tidur cmni..



Senyuman..
Thursday, March 27, 2008 / 6:51 PM

[6.52pm]

Ptg yg indah walaupun penat gler kelas dr pagi..walaupun perut aku kosong gler..
tgh hari td org g mkn..aku g tidur..

Pagi td ada pembentangan pasal "Rancangan Realiti T.V".. baik atau buruk?
bdk kelas aku hampeh skit..bkn drg nak dgr sgt apa yg di bentangkan.. yg drg tunggu ialah aksi tembak menembak di akhir pembentangan..
*senjata = mulut
*peluru = soklan

bertubi - tubi ahli pembentangan di tembak.. nasib baik takda yg koma. mmg syok la saat begitu..
cergas otak!! mana tak nya..dari student yg duduk atas kerusi pun leh bangun berdiri nak bertanya kan soklan.. yg berdiri kat atas lantai pulak hampir naik berdiri atas kerusi.. hahaha! pape hal pun aku enjoy!

minggu depan turn tuk group aku standby.. tajuk, "RASUAH"

harap - harap aku dapat pamerkan persembahan yang mantap.

Lepas tgh hari td..ada amali baik pulih, projek tuk harini.. selongkar komponen komputer.. atau lebih specific CPR CPU.. Chipset, AGP slot, PCI slot, RAM slot, mcm - mcm lg la..
yg bestnya cikgu aku bg tgk markah Penilaian Berterusan tuk subjek tu.. huhuhu. Syukur! cukup tuk aku gembirakan mak aku..

Balik arini jalan kaki.. dgn kekasih hati.. hehehe..

ada 1 kisah: episode 1.

Dibwh panas terik petang..kereta byk dijalan raya..
aku melangkah..melangkah..lintas jalan..panjat tangga jejantas..jalan lagi,terus melangkah..turun tangga jejantas..

jalan lagi..

Scene "taik anjing";
Lokasi : tepi jalan raya

Babak bermula..
kami jalan sama - sama..tetiba dia berhenti merenung sesuatu di tepi pokok..aku pun terhenti..
dia tunduk..aku tunduk..
segunung kecil pasir..
dia genggam pasir tu..aku menjadi pelik..

dia : dah lama saya x main pasir.. sy ingt lagi kecik - kecik dulu sy main pasir..
aku : napa awk genggam pasir tu?(muka serius gler)
dia : saja je.. (slumber je muka)
aku : awk tau x? itu tempat anjing berak..!! anjing tu timbus dgn pasir la..
dia : ye ke? tipu la.. (pura - pura tenang)
aku : Ye la.....Btul..... Pagi - pagi sy lalu sini, sy nampak anjing berak.
dia : Eiiiiiiiiiii.... Tipu la... itu kan cuma sarang semut.....
aku : Bukan la!! itu tmpt taik anjing... Eiii.... baik awk samak tangan awk.
aku : Juah - jauh skit dr sy..nnt terkena sy pulak.
dia : Awk.......nak pegang tangan sy.....? (sambil hulur tangan)
aku : Owh...ada taik anjing baru la awk nak pegang tgn sy ek..
dia : (Senyum sambil hulur tangan)
aku : hurm.... (hulur tgn gak..) hehehe.
dia : tgk!! tipu!! bkn taik anjing kan...!!!!
aku : hehehe.



Jawapan!
Tuesday, March 25, 2008 / 9:50 PM

[10:20pm]
Mengantuk~~

mkn byk sgt lak td.. nasi 4senduk penuh, ayam 1ketul, koktel 6biji.. harga?? tak tahu.
ayam yg mak aku sediakan tuk kemudahan aku kat sini.. aku berapi bila ada org tertinggalkan ayam berempah yg mak aku sediakan tu kat bahagian yg x berapa nak sejuk dlm peti ais buruk colour ijau milik tuan umah sewa aku ni.. huhu. (mengutuk lak malam ni)

Peristiwa harini. mid term math batal.. alasan cikgu aku yg tak berapa nak kukuh diterima sebulat suara oleh 24org student.. mesti lah gembira kan, xpyh perah otak tuk jwb ujian. HAMPEH!! cmne bila final nanti?
cikgu aku tu mmg ROCK!!, dia la cikgu pertama kalinya yg paling sempoi cipan yg aku penah jumpa dalam rekod pembelajaran aku.. cmne sempoi pun dia, dia tetap cikgu aku, hormat tetap hormat.. perkataan faveret dia, CIPAN!! (atau nama manja haiwan ni, tenuk @ tapir).
Kenapa dia selalu sebut perkataan tu? Mungkin tu haiwan peliharaan dia? atau dia terlalu fanatik dgn nama haiwan tu? atau dia pencinta alam? Misteri~.. mengapa?

Seterusnya..Oral b.i lak, cm budak tadika mengeja bahasa inggeris.. dah la kena wat oral pakai mic, gabung 2kelas lak tu.. segan gler.. Yg penting dah lepas turn aku.. hahahaha. lantak la dgn markah tu..klu difikirkan sgt pun bkn leh tambah markah pun.. pepandai la aku nak topup markah tu..
Time tgh oral tu..hp nokia5200 aku vibrate..
msg dr mak aku..

"Hukm dah fon ayh dia kata
dlm minggu ni dia akan antar
srat kat poli.dia kata dapat"

*buat masa ni takda siapa yang tahu.. termasuk org yg rapat dgn aku.. nnt2 la aku bgtau.

Lepastu.. mid term telekomunikasi.. soklan diluar jangkaan.. jwpn pun diluar coverage.. ahaks!
tp..buku tetap dlm coverage.. huhu. terpaksa selak2.. malangnya aku x mahir sgt nk selak.. sbbnya buku yg aku selak tu dalam bahasa inggeris!! NAPA AKU LEMAH B.I!! siot tul!
Waktu - waktu begini la kwn2 di sebelah begitu penting.. mcm - mcm kaedah digunakan, eye contact (jeling2), bhs isyarat (tgn), gerak bibir.. huhu.


Mata aku dah terbuka kembali.. ngantuk pun dah ilang.. aku nak sambung wat kerja ptg td.. C++.
kerja yg perlu di hantar minggu dpn.. disebabkan aku dah mula nak berubah..aku nak cuba siapkan kerja ni secepat mungkin..
baru 10% siap.. huuhu. stuck di tgh jalan..

/*****************************
Mengira nilai perintang...........
******************************/



Kerja last minit!!
Monday, March 24, 2008 / 8:19 PM

cuma simple update tuk malam ni. saja - saja nak buang masa sebelum mulakan kerja..
aku kena wat persediaan tuk esok;

  • oral B.I
  • mid term telecomunication
  • mid term math
huhu~ seksanya.. semua tak sentuh lg..

dari kecik sampai dah besar, ntah bila nak berubah ni. Asik - asik last minit je kerja aku..tp on time gak sattle kerja - kerja tu. Aku bukan xnak berubah.. dah cuba, tp sampai ke malam ni aku lum berjaya nak ubah tabiat aku ni..

insya'allah kerja seterusnya xkan jd cmni.
pape hal pun, aku nak kena siapkan sume tu malam ni.. temasuk study apa yg patut tuk mid term aku.. huhuhu.
Chow!!



Petang Ahad
Sunday, March 23, 2008 / 6:57 PM

[6:30pm]
Petang yang suram.. aku takda mood sgt.. rasa nak demam.. hu~..
Byk msg dari gadis kesayanganku yg tak berbalas. Kesian dia. Tp nak wat cmne.. kang tak pasal - pasal leh timbulkan petengkaran.

"..minggu ni, kurang sikit awk nak msg dgn sy..
knp ek?sblm ni xde pun cmni.."
::petikan dr sms aku::

Ni semua gara - gara redah ujan semalam.. nak tunggu sampai ujan berenti tak tau la kul berapa. so..aku pun amik la keputusan nak meredah titisan air ujan yg turun perlahan. Tp kalau aku pecut motor mak aku yang dah berusia 8tahun, titisan air tu mcm batu - batu kecil yang dilastik ke badan aku..huhu. tahan je la kan. Lagipun badan aku naik kebas sbb sejuk sgt..


Yg menariknya, smlm aku beli "mini rc helicopter". kat sg.wang, harganya RM70.
Smpai ke ptg ni aku blum berjaya terbangkan helicopter tu.. aku budget mudah je.. napa amoi tu leh buat helicopter tu pusing - pusing di awangan.. Cis!! Cmne aku nak berlagak kat gadis kesayangan aku ni.. dia dah mula bertanya pasal barang mainan aku tu.. terpaksa la aku ngaku mengenai kelemahan aku tu.. hehehe.



Malam ini..
Saturday, March 22, 2008 / 1:23 AM

[1:25am]
Salam.

Ini la kali pertama aku menaip tuk blog ni. Nama blog pun dah pelik sgt kan.. sengaja aku guna nama mcm tu supaya takda sapa pun yg dpt cari.. kalau ada pun, cuma segelintir, mahupun secubit..

Malam ni..
Aku dapat email dari pihak Hospital A(bukan nama sebenar).. dia kata tulis aku tak dapat tempat tuk latihan industri (Li)..dah cukup quota.. agak mengecewakan.. Aku agak mengharap supaya dapat wat Li kat situ.. senang skit aku nak meredah idup aku selama 20minggu nnt..
alasan - alasan konkrit aku:
  • dekat dgn umah aku. (Naik moto, 15minit pun leh sampai.. tp kalau aku cabut suma lampu isyarat yg ada.. 5minit pun dah cukup..)
  • tghari leh balik mkn kat umah. (mak aku masak.. percuma.. berkhasiat lak tu)
  • bangun lambat pun xpe.
  • saving duit minyak. (RM2 pun dah cukup tuk ulang alik)
  • ... duit ptptipu ptptn pun aku nak berjimat. (sok lusa senang sikit aku nak bayar balik pinjaman rm18k)
  • yg penting.. aku dok umah sendiri, tidur kat katil sendiri, bantal sendiri, mkn masakan mak aku.. dan hari - hari leh mengadap mak ayah aku..

Cukup dulu cite pasal tempat Li yg belum pasti lagi kat mana aku akan ditempatkan..pape hal nanti, kalau aku ada berita terkini, aku inform kat sini..

Sekarang ni.. [1.45am]
Memekak betul la org yg main drift kat luar sana..!!
Jeritan hatiku: Oiii brader.. Slow ar sikit men drift tu.. Jiran aku punya anak nak tidur la!!!
Asal menjelang malam je, mengaum2 la enjin kereta diorang ni.. Siang - siang tak nak pulak diorang men drift..

Ha! Hampir terlupak lak dgn tujuan asal aku..
Sedikit pengenalan tentang diri blog aku.. ruangan aku bercakap sorang - sorang..

Url blog : http://octachoron.blogspot.com
Tarikh lahir : Lupa (dah lama aku create blog ni.. tp baru harini aku berpeluang mengarut disini)

Aku akan menaip dalam blog ni hingga aku "berjaya"!!

Bila aku akan berjaya?
Xtau la pulak.

Berjaya jd apa?
Itu pun aku xdpt jawab.

(kita tunggu je la..)

Nak berjaya kena study.. Aku g study dulu!!!!!
Jumpa lagi pas aku tutup buku.. mengikut pengiraan aku.. 10minit.. (itu pun kalau aku tak tertidur time study)
Chow!!

Labels:




If you ever lost someone you truly love
Let me hear you say yeah.