Tell me if time should make a change
Then why do I feel the same?




Tagboard

Your tagboard codes here!
Width not more than 170px please.

Hadiah!
Monday, April 28, 2008 / 8:29 AM


[8:29am]

Harini kelas start kul10am.. Sbb, cikgu programming aku tak dpt datang atas alasan yg kukuh. Kalau dia tak bg alasan pun xpe..aku mmg suka kalau kelas start lewat skit. Hehe.

Pagi ni agak nebes.. sbb aku telah merancang satu rancangan yg membabit'n seorang kawan kelas. Pakatan bersama. Huhu.

Susah nak mampus menyediakan hadiah tu. Tanpa mengenal erti putus asa, sampai guna kaki nak menekan kotak pink tu. HAhaha! papehal pun, sebusuk - busuk kaki aku.. mmg aku wat ikhlas la tuk si dia.

Tak dpt nak becerita panjang pagi ni..terlalu nebes nak g kelas. lgpun aku nak bersiap.


(",) Jumpa lagi ptg nnt.. hurm..hadiah untuk siapakah itu? susah gler nak ikat reben.



[6:31pm]

Baru pulang dari kelas. Sepatutnya awal, tp ujan lebat, jd, kena la menunggu smpai ujan kurang lebat. Huhu.

~ Harap2 komplot dgn anis akan berjaya. hehe

(",) Nak rehat weh..PENAT gler.. sok ada oral pulak..


[8:32pm]

Mkn sudah..minum sudah..
menghafal xsudah-sudah.. apa kebenda la aku dok hafal dari td ni..xmasuk2..

Jap lagi ada cerita IMPAK MAKSIMA, huhu. bkn la minat sgt..(ceh! xnak ngaku siot).. tp baru skali je la terlepas satu episode. sempat lagi nak cover. huhu.

(",) Sambung hafal dialog depan t.V pulak pasni.. huh!


[11:32pm]

Misi berjaya!
Hadiah sudah diterima oleh si dia.
Terima kasih kepada sesiapa yang terbabit, secara online mahupun offline..
Yang bernyawa ataupun tidak bernyawa.
Berbanyak terima kasih!
@love

(",) Hati sudah senang.. tp tetap hampeh.. oral punya dialog tak hafal lg!

Labels:




Urusan ter-urus!
Friday, April 25, 2008 / 10:44 PM

haih!!

dah lama aku dok tgk screen nih. Tp tak tau nak start cmne. Mcm2 hal yg berlaku 2-3 hari ni,tak sempat langsung nak update blog sendiri..kalau leh update guna sms ok la gak kan.leh jugak setiap saat aku meng-update blog ni.
disebabkan kekalutan dan ketiak ketidak ketersusunan ayat dalam kepala aku ni..telah menyebabkan, aku sendiri tak tau nak mula dari mana.

dari atas? bawah? tengah? depan?
dari utara? selatan? timur? barat?
jd? dari mana?

susah-susah..kita mula dari awal jerk.
hu~



Rabu [23 April 2008]

Memulakan hari dgn semangat yg baru walaupun aku telah ditinggalkan member sendiri sbb bangun lewat sgt, pulak tu mandi lama nak mampus.. Nasib baik la kelas softskill start kul9..dan yg lebih baik tuk dikatakan..kerja yg perlu dihantar pun aku dah siapkan awal2 pagi tu. (hehe)

Perjalanan pagi tu agak menenangkan, tak perlu terkejar kejar macam kena kejar anjing. Keluar awal la katakan walaupun bangun agak lambat. Untuk ke poli cuma mengambil masa dalam 10~15minit tanpa rintangan. selepas di hitung, 17 lorong semuanya. hahaha. banyakkan? itu la yg aku lalui setiap pagi. Pandang kanan, pandang kiri.. terus lari! kekadang dah sampai tengah, kena pulak patah balik ke tepi jalan. Silap haribulan, leh patah kaki kalau kena langgar.

Setakat ni aku masih selamat lagi la sampai ke poli. Syukur!
Bila dah sampai ke poli, sempat lagi aku melepakkan diri kat foyer sementara menunggu cikgu aku samapi..atau aku yg sampai awl beberapa minit? tak kisah la kan, yg pasti ada masa tuk aku menyejukkan badan dari peluh yg kurang menyenangkan.

Begitu la kisahnya aku nak sampai ke poli setiap pagi. Bkn tak nak naik moto..kalau naik moto, kena kuar awal. kalau berlumba dgn manusia yg jalan kaki, drg sempat g sarapan lagi tu sementara tunggu aku sampai.

Berbalik ke kelas softskill aku. Bila cikgu dah sampai.. mcm biasa la rutin kitorg. Setiap kumpulan kena nyanyi lagu tema yg membakar semangat kumpulan masing2. huhu. Mmg hampeh la, masing2 segan nak nyanyi. Ntah napa lak mood pagi tu, stiap kumpulan nyanyi dgn penuh semangat. Berkobar gak ar bila dgr. Huhu. Bila la agknya lagu kumpulan aku nak masuk carta ERA. Jangan mimpi la kan. hehe.

Lepas kelas tu pulak..ada kelas instrumen.. ada sedikit aktiviti memecahkan kepala. Memikirkan dan menyelesaikan teka teki tuk sebuah litar. kena bina sebuah Titi Scharing..titi yg menyeimbangkan arus yg melalui nye. sakit gler kepala memikirkan sume benda tu. siot jerk. 2jam masa diperuntuk utk sakitkan kepala. mmg kitorg memanfaatkan masa yg diberi utk menyakitkan kepala sendiri. Nak harapkan buku sebagai panduan..mmg tak jd la jwbnya.. sampai nak berkulat je memikirkan semua hal tu. huhu. akhirnya semua give up. tp..cikgu tetap memberi peluang tuk kitorg cuba sakitkan kepala utk menggu hadapan. Dan..aku mengharapkan, masa tu litar yg ku reka akan berjaya. (aku akan inform kat sini nnt..klu xinform tu, anggap je la aku belum berjaya..hihi)

Petang tu pulak..ada 1 ceramah pasal derma sum-sum tulang. huhu. Diwajibkan tuk pelajar deu (elektronik perubatan).. tp itu semua cuma helah. sbb, ptg tu.. mcm-mcm golongan dan puak ada. cthnye: masyarakat dari jabatan mekanikal, awam, dll.

Disebabkan ceramah tu. aku terpaksa cancel rancangan tuk g tgk wayang. huh!
(hari rabu kan separuh harga)


KHAMIS [24 April 2008]

Hari yg penuh dgn pembentangan. Cis! budget ada 1 je pembentangan, tp, ada 2.. siap ada kuiz pulak tu.

Pembentangan tamadun islam aku lakukan dgn penuh keyakinan.. sbb dah standby dari awal. hu~ Rasuah.. Mcm biasa la, time soal jwb bukan main aktif lagi masing2. Nasib baik la keadaan masih terkawal wlpn ada gaya-gaya parlimen time berhujah tu.

Utk pembentangan telekom lak..aku buat - buat yakin je time bentang. sbb aku mmg tak ready.main redah je apa yg mampu. Markah pun ala - ala mampu bernyawa je la yg aku dapat.

Petang pulak..ada kuiz.. hu~ agak menakutkan time - time kuiz ni. byk toyol yg menjelmakan diri dalam bentuk helaian kertas, kertas kecik, besar, tak kira saiz.. selagi mampu tuk bekhidmat..selagi tu la gak khidmat toyol digunakan.


JUMAAT [26 April 2008]

Harini cuma ada dua kelas jerk.. instrumen dan kelas ganti utk telekom.

FUh~~! Agak simple jerk arini.. sbb byk main-main. Time instrumen, cikgu cuma bg tutorial dan tugasan tuk pembentangan minggu depan.

Masa kelas telekom pulak, ada eksperimen pasal Radio signal. Tp terpaksa dibatalkan atas sbb2 tertentu..pastu kitorg beralih kepada eksperimen fiber optic..dan berjaya!

Utk malam ni, masih ada kerja yg perlu di selesaikan tuk minggu hadapan.. tp aku masih tenang menekan keyboard nih..
Bukan nak salahkan laptop ataupun maxis broadband aku..jd salah siapa? renung - renungkan..

(",) Salah siapa agaknya ek?

Labels:




BAB1!
Wednesday, April 23, 2008 / 2:26 AM

[2:26am]


@musik
Hujan~
Basah lencun atas motor..angin sejuk sampai ke tulang.. tp hati gembira, kerja tuk esok dah sattle. Proposal utk softskill. Huhu. Biasa la tu..kerja last minit. Itu pasal la tgh2 mlm baru kuar g print out. Kedai yg biasa aku g, tutup awal arini. So..terpaksa la merayap ditgh mlm tuk mencari kedai yg leh print out dr pendrive. Dalam hujan separa lebat, aku redah je ujan berbekalkan pendrive Kingston 2Gb dalam poket. Pusing punya pusing..last - last jumpa kedai yg baru buka kat seksyen 13. Tak ingat lak nama kedai.."Friend" kot. 24Jam. Murah gler dalam sejarah kawasan ni.. huhu. Bro & Sis kat situ pun peramah. Tp kertas - kertas berwarna dan kemudahan tuk binding kureng skit kat situ. Baru buka la katakan. Semoga akan lengkap di masa hadapan..kemungkinan besar aku akan datang lagi ke situ..dan mengharapkan diskaun.hehe.

Bab1..~

Pebenda ek Bab1? Ejaan paling sopan untuk menjaga sensitiviti pihak - pihak yg berkaitan. Kalau direct sgt, kang dikategorikan sebagai mencarut tahap tertinggi. Kalau mak aku dgr, mesti kena cabai mulut.(kenangan silam tu time kecik2). huhu. Tapi sekarang..suka suki je org dok sebut.. Mak diorang tak marah ke mencarut ditempat terbuka? Dalam berita.. Dalam surat khabar lg la..Front Page!

Untuk pengenalan, Bab1 = Babi = Khinzir.
Kenapa haiwan yang dulu pantang disebut..Kini makin glamour? Dalam TV.. Dalam Surat Khabar.. Dalam Internet..
@gatau

*Tadi aku ada dapat risalah dr seorang kawan, memula aku ingat dia bg atas dasar politik,(mmg ada unsur politik pun), tp aku baca pun atas dasar ilmu, antara petikan dari Risalah tu.

Terdapat 132 ladang babi berselerak meliputi 475 ekar dengan 257,521 ekor babi yg membekalkan 3,000 ekor atau 300 tan sehari kepada pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan.


Cara Tradisional menimbulkan banyak masalah dari segi pencemaran air, wabak penyakit, pencemaran alam sekitar dan kerosakan nilai - nilai estetika di kawasan - kawasan persekitaran ladang.


Sebab perlaksanan Projek RM100juta, ini memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan dari segi:
  • Penyebaran wabak JE(Japanase Encephalitis) dan Virus Nipah
  • Pencemaran air, sungai, laut dan udara
  • Penyerapan air kumbahan bawah tanah
  • Ladang - ladang haram yang didirikan tanpa lesen


Lokasi. Kawasan ini dipilih kerana:
  • Dimiliki oleh pengusaha persendirian
  • Merupakan kawasan ladang terbesar di Negeri Selangor
  • Kawasan hiliran bukan sumber air minuman
  • Kawasan majoriti terbesar penduduk cina


Sistem Pemprosesan Biogas-Fuel:
  • Menjana elektrik di ladang babi
  • Air bagi pembersiahn ladang babi
  • Air bagi penanaman makanan ternakan babi


Dana Projek yg benilai RM100juta itu datang Dari:
  • Penternak babi
  • Pelabur - pelabur tempatan
  • Syarikat Usahasama dari Jerman


Projek tenakan berhawa dingin ini berjaya mengurangkan:
  • Kos penternak
  • Kesan pencemaran bau "Green House Gases"
  • Pencemaran sistem saliran dan air




(",) Babi oh babi.

Labels: ,




Tersumbat!
Sunday, April 20, 2008 / 9:46 AM

[9:46am]

Salam sejahtera dan Selamat pagi!

Pagi2 ahad ni aku nak mengarut habis2an. member - member semua g pasar kat tempat letak kereta kat stadium Shah Alam. Mmg rutin diorg tiap hari ahad. Entah apa yg diorg nak cari..pagi - pagi dah memekak pasal suar jeans ori dgn tak ori. Hampeh! Peduli apa ori ke x..yg penting leh pakai. Bkn ada tarikh luput pun suar jeans x ori tu.

Hidup sebagai student ni xda la susah sgt, wat kerja smpai siap..baca buku sampai rabun.. itu la kot student. Kalau xda kerja, lepak dan terus melepak adalah aktiviti yg biasa dilakukan. Tp yg aku musykil kan..kerja xpenah abis.. siap satu..dapat dua.. siap dua..dapat tiga.. begitu lah seterusnya. Macam Janjang Aritmetik lak kan. Hari Isnin g kelas sampai la hari jumaat. Hari sabtu dgn ahad penuh dgn kerja. Huhu. Dimanakah kehidupan??

Kerja..Tugasan..Projek.. Huh! Kalau dah nama pun student.. Xsah la kalau xwat kerja last minit. Kiranya kalau yg siapkan awl tu, buang tebiat agaknya (Hakikatnya itu la yg terbaik!). Sampai ke saat ini aku masih ada kerja yg lum diselesaikan.. Entah bila dan bagaimana la sume tu nak selesai.

Hidup sebagai manusia..Semput! Tersumbat! Salur darah aku tersumbat! Bila aku leh hidup dgn aman dan gembira. Tanpa masalah..tanpa beban..tanpa rintangan..tanpa galangan..tanpa impedan.. fuh..mengarut yg terlampau hiperbola. Kalau semua tu xda.. apa lah hidup ni kan. Dah tu cmne? Apa yg perlu aku wat tuk jdkan hidup ni begitu sempurna? Hibernisasi selama berbulan2? Bertapa dalam gua? Mengarut! Lepas kuar gua..janggut mesti panjang.. Tp, masalah tetap masalah. Hitam tetap hitam. Bulat tetap bulat. Hitam tak kan jd putih. Bulat tak kan jd bersegi. Masalah tak kan selesai kalau terus berlari..

Masa yg menetukannya..jgn ditanya kalau jam abis bateri cmne pulak. Mau kena jentikan kat telinga,oleh ultraman nexus nanti. Lelaki kena tabah..akan ku lalui dgn penuh kesabaran yg menggunung everest. Hu~


Arghhhhhhhhh! Aku perlukan pakar sakit jiwa..!


(",) Seorang kawan dah memadai. Tak mampu nak bayar bil pakar..

(",) Kerja tetap kerja..g wat kerja la weh!! Huhu~ Chow..ptg nnt aku sambung lg.


[2:39pm]

Unta! Kambing! Cipan! Kodok! Tak guna tul la internet ni.. Kekadang aku tak percaya yang maklumat dalam ni merentasi dunia.. Napa susah sgt aku nak cari maklumat pasal RAM. Hu~ Mcm mana la nak siap kerja aku ni.. En. Google tak banyak membantu. Gambar yg di cari pun cm hampeh..len yang aku cari..gambar kambing lak yg kuar. Apa kejadahnya sume ni?! Apa kena mengena RAM dgn kambing gurun? Derang ni ada kaitan atau tali persaudaraan ke? Byk lak beban tuk arini.. aku xle give up skrg. Biar hujan lebat, mahupun ribut petir diluar tingkap..air sungai damansara melimpah kuar..semua tu xda kaitan pun dgn aku.. huhu.


[10:11pm]

@nggaya


Selamat Malam dunia!

Labels:




Ungu Violet!
Saturday, April 19, 2008 / 7:22 AM

[7:23am]

Hu~
Langit ungu violet..
Pagi yg pilu..
Hidup perlu diteruskan..
Rindu saat - saat gembira..

(",) ...


[8:43am]

Leh sawan kalu dok melangut tepi tingkap pepagi ni..
Xda rancangan tuk harini..

(",) Roti Pisang 1..!


[3:48pm]

Scene 1.

Aku g jemput kekasih aku dalam kul 9.30am, pagi - pagi lagi dah sibuk dok membasuh baju.. itu yg aku kena tunggu dia inform aku, baru aku leh gerak dr kediaman aku, kena siap awal lak tu sbb jentera aku perlu di panaskan. Lepas dah jemput..kami pun menuju ke ke TTDi.

"Awk nak makan katne?"

"Xtau la..."

"Kita g makan kat kedai mamak dpn tu je la.." (Subhani Rest.)

"ok!"

"Eh..cuba pusing dulu.. Td sy nampak ada kedai baru.." (Lontong House)

"ok!"

::..jentera aku mengikut arahan..::

"nak mkn kat sini ke?"

"kedai baru..kita cuba nak?"

"ok jerk"

::..Jentera aku berlabuh kat depan kedai..::


Scene 2.

"Kita nak makan apa kat sini?"

"Roti canai ada x?"

"mcm xda jer.."

"Dah tu apa yg ada..?"

"Ntah..apa kata kita try?"

"Bleh jugak la.."

::..Punggung berlabuh di kerusi menanti'n pesanan di ambil..::

::..Nak kena pakai sms ke?..Lamanya pekerja ni nak amik pesanan..::


Scene 3.

"Dah order bang?"

"Blum lagi.."

"Nak minum apa yer?"

"Bagi teh tarik 1..." .."Teh tarik 2.."

"Makan pulak?"

"ada apa ek kat sini?"

"urm..ada lontong jerk.."

"(dalam hati: fikir bukan main..tp lontong je ada..).. Bagi 2 jugak la.."

::..10minit kemudian..::

time brader tu hantar lontong tu.. sempat lagi dia mengeluarkan kata - kata ikhlas..

"wah..Sehati Sejiwa nampak.."

"Terima Kasih..(blur2)"


Scene 4.

Huhu. Makanan leh tahan pedas. Tp xpenah di buatnye aku melantak benda tu di pagi hari, kalau time raya tu len ar cite..dah mmg mood raya, leh je tibai rendang ke, nasi impit ke, lontong ke.. Wlpn terpesong dari niat asal tuk g mkn Roti pisang.. Tp takpe la sekali sekala..

Tetiba je perut aku bg signal pelik.. huhu. Mana tak nye.. Makan lontong pedas beriringan dgn teh tarik.. Mual jdnye.. Loya tekak..

Lepas dah rasa ok.. aku pun memulakan langkah ke kaunter pertanyaan pembayaran..
Jumlah RM9.40


Scene 5.

Kuar kedai..
G start jentera aku..
Pakai topi kepala..
Masuk gear..
Gerak.. Menuju Giant..

*Scene mencari tandas telah di tapis.

Scene 6.

Dalam giant.. pusing2 cari barang keperluan hidup..
*terlalu rumit tuk diungkapkan..huhu.

Tetiba si dia menarik aku ke bahagian barang basah..

aku pun follow je la tanpa mengetahui motif sebenar kejadian tu..

Huhu. Dia dok tercarik - carik..aku tak tau apa yg dia carik..

Aku pun g la kat satu tank kat kawasan jualan ikan..

Dalam tank tu ada belut..

"Boleh pegang tak?" tanya aku.

"Xboleh la.."

"Dah tu..kita tunggu apa lagi ni?"

"kenapa?"

"Jom ar kita blah.. sebelum tangan ni gatal nak mencekik belut dalam tangki tu.."

huhu.

Sambil jalan..aku bertanya.. "Nak carik apa kat sini?"

"Awk nak makan apa tgh hari ni?"

"Makan je la apa pun.."

"Saya nak masak tom yam..awak nak makan?"

"Boleh jugak..! Cendawan goreng skali leh tak?"

"Boleh jerrr....!"

Barang di carik tak di jumpai.. jd, aku g kaunter yg ada kak cun.. dan bayar tuk barang2 yg dibeli.


Scene 7.

G tesco pulak..

Beli ayam..udang..cendawan..telur ayam..anak jagung..bunga kubis..dan mcm2!
*aku tak reti sgt.. tunggu nak mkn je la..


Scene 8.

Kepulangan dan penantian..(menanti masakan dari si dia)

Dia bw balik jentera aku.. nak beli barang kat pasar segar terus. (Hati - hati yer!)

*kerana kelewatan yg disebabkan cuaca dan udara.. mkn tghari aku akan jd mkn mlm. tak kisah la.. aku sedia merima.. hehe.


(",) Laparnya..



[5:45pm]

Scene 9.

Tom Yam sampaiii.....!

Cendawan goreng sampaiii.....!

Telur dadar sampaiii.....!

"awk makan apa mlm ni?"

"xtau lagi.."

"awk simpan tom yam tuk awk x?"

"x...sy malas nak asing2.." dia jwb dgn slumber

"huk uluh..!" muka paling serius yg ada dlm diri aku

"ala...xnak la wat muka cmtu.."

"Tunggu sini jap.. nak asingkan tuk awk..!"

"ye la..sy tunggu..hehe" sambil ketawa kecil.

::..15minit kemudian..::

"Nah.. jgn lupa mkn mlm!"

"ok...." dia menjwb

"Dah. G balik.. nak ujan dah ni.. Hati2! Bwk perlahan2..!"..


(",) Mkn malam yg pedas.. TQ!

Labels:




gelap malam!
Thursday, April 17, 2008 / 8:34 PM

[8:38pm]


@sial

(",) hu~


[10:16pm]


Baru lepas bertapa. Mungkin nanti aku akan update pepanjang.

Masih ada urusan di Raja yg belum di selesaikan lg.

Nak kena senaman skit..
@kembar

(",) Hidup perlu diteruskan..

Labels:




Ooooo!
Wednesday, April 16, 2008 / 6:25 PM

[6:25pm]

Letih~ Sekampit darah dah didermakan..

Berat = 51kG
Jenis Darah = O
@ngiler

(",) Sesapa yg memerlukan darah, leh hubungi aku.. huhu.

Labels:




Tag Kedua ~ Love Chain
Tuesday, April 15, 2008 / 9:14 PM

[9:48pm]

Love Chain ~ From Cik Angriani

This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself! =p

BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, Octa ,Next

The lucky 10 5 person I am going to tag is :
(",) Baru berkecimpung dlm dunia blog..xramai lg kawan.. hu~@damn

Labels:




Tag Pertama ~ 5 perkara!!
Saturday, April 12, 2008 / 8:03 AM

[6:00am]

5 perkara, yang pertama kali berlaku dalam hidupku.. (takda kena mengena dgn yg telah pergi)

Aku telah di tag oleh En. Blogmenjerit..

huhu.

Tanpa aku melengahkan masa lagi, aku akan mulakan sekarang sebelum aku kekeringan idea..

  • Pertama sekali.. perkara yg terlintas kat fikiran aku adalah, belajar menunggang motosikal. Masa tu aku form4/tingkatan4. Guru yg sungguh bertauliah, iaitu En. Anuar yg berkerjaya sebagai seorang anggota polis trafik. Huhu. Bkn itu yg nak di ceritera kat sini, yg aku nak story tu adalah kisah time tu. Waktu tu adalah waktu riadah..aku belajar kat kawasan lapang (padang kawad), time - time gitu lak ramai la manusia - manusia tgh beriadah..termasuklah member - member yang dikenali mahupun pada nama ataupun sekadar pada rupa. Yang tak leh belahhh, aku ditertawakan.. huhu. Time tu mmg sakit ati la gak..ye la kan..org len dah teror bw moto, aku lak baru nak belajar.. huhu. tp lantak korang la nak gelak ke, nak nangis ke..

  • "setiap kejayaan bermula dari langkah pertama"

  • Kedua sekali.. perkara yg tertlintas selepas perkara pertama td, adalah mengenai handphone, Nokla Nokia 3210. Time aku pakai handphone, memang dasat ar hinaan dan kutukan yg aku terima. mcm la jijik sangat handphone tu. "Baling anjing pun leh koma ni..haha!", kata si A kepada aku. Aku pun hanya mampu tergelak dalam paksaan. huhu. Tp sekarang ni syukur la..aku leh pakai handphone yg lebih baik dari dulu.


  • Ketiga sekali.. perkara yang terlintas selepas perkara kedua td, adalah mengenai kL tower. Huhu. Baru tahun lepas aku berjaya menjejakkan tapak selipar aku kat atas sana tu. Tahun 2007. Huhu. Wlpn dah hampir 20tahun aku dok kat kL..memalukan. hehee.


  • Keempat sekali.. perkara yang terlintas selepas perkara ketiga td, adalah mengenai basikal. Aku mendapa mountian bike time darjah4.. hehe. time tu pakai duit sendiri tu..tp mak aku la yg g beli kan. Skrg basikal tu dah xda.. isk2. Dah di jual kat cina besi buruk.


  • Yang terakhir, iaitu yang kelima.. adalah Laptop yang tercinta! Model Acer, Aspire 5020. Aku beli sendiri gak ni..guna duit gaji yang xseberapa. Alhamdulillah..byk kegunaan laptop ni. Byk pengalaman yang aku dpt pelajari melalui laptop ni. Wlpn laptop ni agak berat tuk dibawa kehulu kehilir.. aku tetap bangga dgn dia. *kalau dia leh tukar cm transfomer kan best.


  • Yang kelima poin lima..(lima setengah).. Tgk tajuk aku la.. Ini tag pertama semenjak aku berkecimpung dalam dunia bloggers ni. huhuhu.


Fuh.. Cukup sudah kelima - limanya..+ lima setengah..

Sekarang aku nak tag blogger lain pulak.. disebabkan aku xramai kenalan lg..

blogger yg aku akan tag adalah: angrianiworld @sengihnampakgigi

Labels:




iCON!!
/ 12:34 AM

[12:38am]


@sinchan

aku telah berjaya memasukkan makhluk - makhluk yg aneh dlm blog aku..

mungkinkah ianya haiwan peliharaan yg jinak?

thanks tuk blogmenjerit.. semoga ada lagi makhluk - makhluk yg lebih pelik tuk aku gunakan.

hehehe.

// untuk tutorial, boleh carik kat blogmenjerit

[2:47pm]

Aku ada problem dgn haiwan peliharaan aku ni.. aku tak suka dia berada dalam sangkar*.

jd, aku memerlukan khidmat nasihat percuma dari pakar.. dan nasib aku baik.

tuan empunya blogmenjerit telah turun padang tuk tolong aku dalam kesusahan..

dan sekarang, masalah aku dah selesai..

haiwan aku akan bergerak bebas mulai saat ini..

@ayuk

*border

Labels: ,




Latihan Industri!
Thursday, April 10, 2008 / 8:46 PM

[8:47pm]

SELSEMA + DEMAM(70%)



gara - gara projek..member yg lain pun demam gak..

huhu. Semoga kalian cepat sembuh..

********************************************

Harini aku g hukm, pergi anta surat penerimaan tempat L.i dan minta drg cop "surat merah".
aku g dgn kwn sepoliteknik.. thanks cik sakinah. Sori la aku ni pendiam skit..aku xreti sgt nak mesra - mesra alam ni..

"nanti datang lapor diri, jangan lupa bw 2keping gambar yerk.."

"saiz pasport ke?"

"yup..ada apa - apa lg yang nak tanya?"

"pakaian time lapor diri pulak?"

"pakaian formal.."

"kemeja dgn seluar slack?"

"yela..kamu nak kerja..tak kan nak pakai jeans pulak"

"asrama atau tempat penginapan?" <--- Cik sakinah

"kami tak sediakan la..itu kamu kena cari sendiri"

"ada pape lagi?"

"itu je kot.."

"Terima Kasih ye Cik"



(",) harap - harap aku cepat sembuh..




[10:54pm]

asik - asik kerja..



aku kena siapkan satu kerja sebelum tidur!!


(",) nak col kekasih hati jap..

Labels:




Misi Selesai!
Wednesday, April 9, 2008 / 2:06 PM

[2:06pm]

Projek Pengurusan
dah selesai!

Jualan tak seberapa..tp pengalaman sungguh menarik.

Akhirnya selesai jua kerja yang aku letihkan selama beberapa harini..

Thanks bebanyak kepada member yang membantu..

Tahniah kepada team ragbi PSA kerana menjadi johan!


*****************************

Selesa betul dapat rehat kat umah.

Orang lain dah bercuti awal..tp aku lewat beberapa hari..

Orang lain belum selesaikan projek..tp aku dah selesai.. HAHAHAHA!

*****************************

Lepas ni, boleh la aku tumpukan perhatian kat kerja - kerja atau tugasan yang berkaitan..

Maybe agak busy hujung bulan ni..termasuk bulan 5 nanti..

Subjek tuk final tak start cover lagi..kena rancang dari sekarang..(ada sesapa yg nak jd P.A tanpa gaji?)





[4:24pm]

Ella & Shah


Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini,
Hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu...


(",) aku rindukan seseorang yang jauh..

Labels: ,




Bisnes Hari Pertama..
Monday, April 7, 2008 / 8:29 PM

[8:34pm]

Salam.
Aku update skit dulu la ek.. Letih satu badan.

Pasni nak kuar g makan, pastu g beli buah kat tesco pulak.

Letih bukan main la arini..letih dok makan rojak sendiri.
Jual tak seberapa.. Tibai sendiri, tak terhingga.
Pape hal pun, aku gembira dengan pengalaman harini..!

Jumpa lagi.. jap lagi aku datang kembali..

(",) kuar makan jap..

Labels:




Hari yang Cerah!
Sunday, April 6, 2008 / 4:15 PM

[4:30pm]

Langit cerah tak semestinya suasana ceria.

Selama ni aku selalu anggap hari yang cerah akan bagi aku hari yang ceria. Dulu aku tak boleh sangat kalau langit berubah mendung..hujan.. bagi aku kalau tak ada mentari..tak berjalan la waktu aku.. huhu~ kolot kan. Lantak la apa pun aku nak ckp.. ini hidup aku.

Harini mood tak berapa nak ok!

Jangan sesiapa berani tanya pasal mood aku kalau tak nak kena herdik..
Nasib baik la aku hidup sesorang dalam umah sewa ni arini.

Sedaya upaya aku mengawal mood aku supaya aku tak sakitkan hati sesapa.
Selagi leh, aku akan sembunyikan perasaan ni.. aku bukan hipokrit!
Untuk mengelakkan dari aku byk berfikir pasal problem ni..aku nak siapkan tugasan yang perlu aku hantar lepas seminggu dari sekarang.

Jd..jgn sesapa berani bersuara pasal mood aku arini.. HAHAHA!

p/s - perkataan feveret arini.."Mood"

Labels:




Bawang dan Tepung
Saturday, April 5, 2008 / 11:37 AM

[1:28pm]

Tumpang tanya, tepung kat mana? .. Tumpang tanya, bawang kat mana?

Semalam aku kena g beli barang tuk Projek Pengurusan sem 3 aku kalini. Projek aku simple jerk..jual air, kacang, maruku, dadah dadih, dan rojak. Dadih & Rojak disediakan oleh puan ayu yang byk membantu dlm memberi idea tuk kumpulan aku.

Kumpulan yang terdiri dari 5org ahli:
  • Aku
  • Mul
  • Anis
  • Syam
  • Iqbal
* Atas sbb2 tertentu, syam xdapat hadir tuk laksanakan projek ni bersama..sbb dia kena balik ke langkawi..

Pengangkutan tuk membeli barang disediakan oleh pensyarah aku.. anak dia yg bw.. kitorang dijemput dan dihantar..(ada gaya cm org penting lak.. sbb ada pemandu..hehe)
terima kasih tuk ali[bkn nama sebenar], aku lupa nak tanya nama dia.. pape pun, thanks bebanyak sbb sudi ikut arahan kitorang..haha.
Masa nak bertolak tu, yg follow dlm kereta ialah, aku, mul, anis, rohaya.. Rohaya & mul kena balik sendiri, drg kena balik cpt sbb barang yg drg beli tu nak digunakan pada kadar segera..

aku kena beli barang kat tesco extra, aku dibantu oleh anis.. Eh..budget mcm bos lak aku ni.. hehehe. Aku n Anis bekerjasama tuk beli barang tu secepat mungkin.. disebabkan xnak buat si ali menunggu lama sgt..

Terkejar-kejar gak aku kat dalam tesco tu.. pusing punya pusing, tolak punya tolak, tetiba ada sorang makcik menegur..

"Tumpang tanya, tepung kat mana?"

"Kami tak tau la..kami bukan kerja kat sini."

"
Eh..kamu bkn pekerja tesco ke?maaf yerk.."

"Weh..pehal dia tanya kita?"

"Duskcoat kita kot.."

"Aku rasa cm nak tanggalkan je la.. huhu."

Sambung perjalanan..Lepas penat berpusing dalam tesco tu.. ada gak barang yg tak cukup.. iaitu straw n cup.

huhu.

dalam segan dan terpaksa..aku soh si ali bw kitorang g tesco yg lg 1..

sesampai kat sana..aku dgn anis round lagi skali..

"Tumpang tanya, bawang kat mana?"

"Kami tak tau la..kami bukan kerja kat sini."

"
Eh.." (sambil dia belek lencana yg disulam kat duskcoat..)

"Poli?..Maaf!!"

huhuhu..


Pastu sambung pusing lagi.. tp..xda gak..

Tanpa malu dan segan lagi..kitorang soh si ali bw g giant lak..

huhu. kat situ pun xda gak..

Alih - alih, kitorang balik poli jer sbb dah takda tempat len yg leh dicari..


Sesampai kat poli..budak yg lain dah selesai packing kacang.. huhu.
aku cuma perlu lepak sambil mkn kacang yg tinggal..huhu..

Labels:




If you ever lost someone you truly love
Let me hear you say yeah.