Tell me if time should make a change
Then why do I feel the same?




Tagboard

Your tagboard codes here!
Width not more than 170px please.

Tag Keempat ~ Community!
Thursday, May 29, 2008 / 6:10 PM

Ellooooooooooooo.... hehe. arini aku terlampau lapang seluas 10 padang bola sepak raga. Jadi aku pun amik keputusan utk menyiapkan taggie yg telah di beri oleh Cik Sarra. Huhu. Dah lama aku diberi tugasan ni.. nasib baik la takda date line. kalau x, mesti kena denda. Biasa la dgn perangai aku yg sentiasa last minit. Hahaha. Harap hasil kerja aku ni diterima.. Sekian, layanz di bawah ni.. hehe.

Cut and paste the following starting here.

I have randomly selected 5 of you below to be tagged and I hope that you will similarly publish this post in your blog. You will have to tag 5 other bloggers and just keep adding on to the list. (Do not replace, just keep on adding! Yes we hope it will be a long list!)It’s real easy!Tag others and see your Technorati Authority increase exponentially! The benefits of Viral Linking:-One of the fastest ways to see your technorati authority explode!- Increase your Google PageRank fast- Attract large volume of new traffic to your site- Build your community- Make new friends!

The Strategist Notebook, Link Addiction, Ardour of the Heart, When Life Becomes a Book, The Malaysian Life, Yogatta.com, What goes under the sun,Roshidan’s Cyber Station, Sasha says, Arts of Physics, And the legend lives, My View, My Life, A Simple Life, Juliana RW, The Callalily Space, Petra Summer in Blue, Confessions of an Army Wife Bless’ Sanctuary Happy Life, http://bless519.bravejournal.com/, La Place de Cherie, Chez Francine, Le bric a brac de Cherie, Little Peanut, Pea in a Pod, The Creative In Me, Me and Mine, Pinay Mommy, Expressions from the Heart, TeacherJulie, Sweetbites by Bang, Paul, Toni and Lance - Bridging the Distance, Our Growing Family, The Uncensored life of me, My Untamed World, Something Purple, A Detour, Something Purple, Wifespeaks, Changing Lanes, Bits and Pieces, My Chocolate Coated Glasses, God’s Gift, Through the Rain, My Small World,My Life, My Hope, My Future,Nyumix’s Blog , The Lings, , Life In Secret City, Gateway City Window View, This is My Life, moralle, Ripples of Rasp,MIEZA, tinker, mummysyafie, Ct Elly, Bila Kupu-Kupu Berterbangan, SarraLegend , Octa..


(",) Takda org yg ingin di tag.. hu~ bergembira la kamu..hehe.

Labels:




Scribefire [MUDAH & SENANG]
Tuesday, May 27, 2008 / 9:53 PM

Harini aku cuma study. 1 hari suntuk..tp.. aku study dpn tV. asik - asik mau intai tV tu.. skali dah intai, akan terbuang la masa aku selama beberapa puluh minit. Hahaha. Yg penting aku study weh.. huhu.

Kekadang aku akan terjah blog yg aku sempat terjah. Aku melompat la dari satu blog ke blog yg lain.. huhu. Tak tau la aku ni study apa.. mungkin subjek baru kot.. Pengajian Blog. :)

Dalam langkah demi lagkah tu..aku terjumpa sesuatu yg best (dari: jomPHP) tuk di kongsikan bersama.

Scribefire adalah extension untuk Mozilla Firefox yang membolehkan kita membuat post kepada blog kita dengan senang dan pantas dengan beberapa fungsi ekstra. Antaramuka yang menarik, senang digunakan dan canggih antara kelebihan menggunakan scribefire disamping menyokong platform blogging popular seperti wordpress,blogspot dll.


Download dan install disini : Scribefire


Labels: , , ,




Study weh!
Monday, May 26, 2008 / 11:33 PM

instrumentasi - on da way.. (baru hari ni start..tak tau bila nak abis.)

math - pending

baik pulih - pending

telecomunication - pending

:snow16:

(",) jap lg aku update..

Labels: ,




24Mei2008
Saturday, May 24, 2008 / 11:50 PM

"ada hadiah tak tuk sy?"

"ada"

"hadiah saguhati ke hadiah utama?"

"Hahahaha"

"mesti la hadiah utama"

(",) Happy birthday! (21 kot)

Labels:




Study Week!
Sunday, May 18, 2008 / 11:00 AM

Study week dah bermula..

Masih belum buka buku.

Laptop masih terbuka sbb belum tutup lg.

aku mau study.. carry marks rendah sgt sem ni.

cikgu tak bersimpati langsung kat aku. hahaha. atau aku yg malas sgt.

aku mau study dulu.. selasa ni ada ujian akhir tamadun islam.

aku mau study.. kena off laptop dulu..

:snow14:


(",) semangat tgh berkobar2..

Update: B.i & Tamadun Islam dah settle..tinggal lg 4 paper!

Labels: ,




#Realiti
Saturday, May 17, 2008 / 6:51 PM



Labels:




Aku Wujud!
/ 3:06 PM

Update?! huhu~ setelah sekian lama. 7hari je kot..xda la lama mana pun.

arini aku dpt makhluk baru dr blogmenjerit. Lebih menarik dr yg dulu.

:snow27:

13Mei - "Selamat Hari Ibu" Mak!!

16Mei - "Selamat Hari Guru" Puan!!

24Mei - xxx



Hari selasa aritu aku g main ice skating.. kat Sunway Pyramid. Pengalaman baru, terasa mcm kat luar negara! haha. pengalaman pertama yg leh tahan la..sakit2 kaki aku meluncur. cuak gler 1st time menyentuh gelanggang ais..licin nak mampus. Risau gak la jatuh terkangkang..parah tu. Hampir - hampir jatuh tu ada la gak..sbb ada yg berpaut kat aku.. hehe.

Meluncur dan meluncur.

"Aduh!" suara dari belakang.

aku pusing kepala sebyk 270 darjah, Si dia jatuh, dan aku terus meluru ke dia.

"Kenapa ni?" dlm keadaan separa gelabah.

dia tak menjawab, tp tgn memicit2 dahi.

Amoi >> "dia belakang terantuk", katanya..

"apa belakang terantuk?" dalam hati aku..masih terpinga2.

"awk leh bgun x ni?"

Huhu. aku bw dia kuar dari gelanggang.. rupanya dia terlentang.. hakhak.

kesian..tp rasa kelakar.. aku tunggu dia letak ais kat kepala. takut2 ada lebam.

:snow10:

masih ada semangat dia nak masuk dan bermain lagi..

kena la perhati setiap saat supaya dia tak jatuh lg.

Hu~ serba salah nak ajak dia main lg..tp seronok pulak meluncur ni..

(",) ais yg sejuk..hu~

Labels: ,




Tag Ketiga ~ 7 Facts!
Sunday, May 11, 2008 / 3:49 PM

[3:51pm]

Ptg-ptg tanpa arah tuju ni aku abiskan dgn menyelesaikan tag dr cik Sarra yg sgt Legend..

Ini adalah sikit arahan yg dipetik dari page cik Sarra:
*yg kena slash tu, sendiri mau phm ler.. aku agak baik skit dan taknak tag sesapa arini.

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.



xxxxxxxxxx

ok..dgn segala hormatnya aku akan start dari no.1 dan habiskan dgn no.7.
  • aku seorang yg simple.

  • susah nak bgun tidur..erk..bkn susah kot, malas sebenarnya.

  • org kata aku sombong, hakikat dan realitinya aku tak reti nak bergaul. Kalau ada yg dah leh dikira 1 kepala dgn aku, kira nya leh ar aku gaul sampai sebati.

  • aku tak kuat makan, tp aku suka makan..kalau boleh tiap masa nak makan.

  • aku suka melawat blog org len tanpa meninggalkan jejak..

  • aku xleh membaca buku yg berbentuk teori dan fakta.kenapa? aku sendiri pun tak tau aku ni kena sumpahan apa..asal mata aku memandang huruf-huruf yg disusun untuk dijadikan perkataan dan perkataan yg disusun menjadi satu fakta atau teori..tatkala tu gak la aku ngantuk tahap gajah di tembak ubat pelali. terhuyung hayang di buatnya. buku - buku tu patut ada notis "Jgn memandu selepas atau semasa membaca!!"

  • aku suka amik gmbr(gmbr org, gmbr permandangan, dll)..bkn bergmbr sendiri tau, sbb aku susah dan tak reti sgt nak senyum..jd, aku amat segan nk bergmbr. kalau dulu-dulu, aku sanggup larikan diri untuk elak dr bergmbr. hehe~

Labels:




Kayuh Sampai Lenguh!!
Saturday, May 10, 2008 / 9:47 PM

[9:49pm]

Aktiviti hari sabtu yg sgt tragik.
Perancangan yg tak ikut rancangan tp telah dilaksanakan.hehe.

aktiviti yg dimaksudkan ialah menjelajah Taman Botani Negara di Shah Alam.

Mengayuh sampai lenguh.. apa yg dikayuh?
Hampir 3Jam lak tu.
Tak ingat lak nak kira berapa kilometer..anggaran aku atas 10km, kurang 20km.

Aku sgt letih~ peha aku meronta-ronta kesengalan.

Tp mmg best la dalam kepenatan tu. Siap lumba-lumba basikal dgn si dia.. ahaks! menang atau kalah tu tak penting..yg pasti aku beriadah dalam keadaan yg gembira.

yg best skali ialah rumah 4musim.. skrg musim bunga.. bau bunga semerbak dgn suhu yg rendah. siap patah balik tu bila dah hampir melangkah kat pintu keluar.. hehe.

Nak cerita panjang pun xreti, nnt aku update/upload gmbr..

Kalau nak tau keadaan kat Taman Botani dan cerita yg panjang lebar.. klik ::SINI::

(",)Dah lama tak mengayuh basikal. Motor ada enjin.

Labels: ,




slow!!
/ 2:14 AM

Susah gler nak masuk blogspot skrg ni.
bkn salah laptop..tp salah internet aku yg slow macam ular kekenyangan.
Semua salah modem aku!!
Ini menyebabkan aku bosan tuk menunggu musang berapi aku men-downloadkan page yg aku nak masuk. 1 page leh makan masa sampai berminit-minit..boleh menyebabkan aku tertidur dan bangun kembali dan tidur semula. hehe. dapatkah anda membayangkan? hikhik.
Memula on, laju la gak..pastu jatuh merundum. Hancus~
HSDPA(Laju) --> UMTS(Hampir perlahan) --> EDGE(Perlahan nak mampus!!)

Lama gak aku tak update kan.. hehe.

(",) nnt nak sattle utang tag..@sembah

Labels:




maxis broadband!!
Thursday, May 8, 2008 / 6:41 PM

Labels:




Kelewatan yg TERsengaja!
Sunday, May 4, 2008 / 2:28 PM

Pagi-pagi lg aku dah terbangun dgn penuh kegelabahan

Kenapa aku gelabah?
Hahaha. Sbb aku dah janji nak g pasar kul8am..dan aku lak bgun tepat2 kul8.30am
Gara2 sambung tidur pas kul7

Celik je mata..trus aku msg.

"Awk katne?"

Tanpa menunggu balasan. Terus aku melompat dari katil menuju ke tiolet bagai org dikejar hantu.

Lepas dah mandi dgn sempurna dalam masa yg singkat.. huhu.

pastu aku dpt berita yg si dia pun baru je lepas bersiap. Hahaha.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kat pasar, aku jalan2.. baru berapa langkah aku dah rasa panas mentari.. huhu. dah la xda payung. terpaksa aku membakar kulit dipagi hari.

Jalan punya jalan, ada pulak kedai yg menjual haiwan peliharaan.. huhu.

Aku tgk-tgk la arnab, nemo, tikus, hamster.. dan macam2 jenis ikan la..

Memula bercadang nak beli nemo..2ekor..sepasang.. tp..leceh.. makan minum..kediaman lg..huh!

So..pas difikir2 dua tiga empat kali..aku beli kura-kura.. 2ekor.. Encik Kura2 dan Puan Kura2.

Kakak yg jual tu kata, "kena la letak sepasang..kalau tak, kesian dia tak da teman.."


(",) Hu~ smoga ko panjang umur di tgn aku yerk kura-kura..




[8:05pm]


"ko pehal men cabut2 charger aku?"

"saja je.."

"kalu patah benda tu..aku patahkan gigi ko"


(",) Hahaha. Kejam sungguh aku. Tp, itu la perbualan antara lelaki yg penuh ketulenan-nya..

Labels:




Hari Kejadian!
Saturday, May 3, 2008 / 11:45 PM

Happy Birthday Su a.k.a Rock Kapak!
3mei2008

Aktiviti ari sabtu aku di meriahkan dgn aktiviti memakan kek coklat beramai2..kek tu cm hak milik aku jer. mmg aku sorg je la yg kuat makan kek tu.. huhu. maklum la..aku yg pilih kek tu..dah tentu la ikut citerasa aku@lapar. xbudget pun nak sambut ari jd member aku yg kerek nak mampus ni. sesambil aku g giant td..si dia tetiba ada niat nak belikan kek untuk su ni. aku pun apa lg..sokong je la sbb mengenangkan aku akan terlibat dgn saat2 menghabiskan kek tu. huhu.

Lepas abis mkn kek..aku dihidangkan pulak dgn citer seram. hampeh. abis kuar sume cite hantu dr drg..@gigitdah la time tu mmg cukup2 tgh mlm, aku lak nak kena balik sorg naik moto. memandangkan daya imaginasi aku terlalu tunggi.. abis kuar sume khayalan cite hantu dr minda aku. tak pasal2 ada yg tumpang aku naik moto skali.. sampai nak pandang belakang pun aku xsanggup dah. huhu. aku bkn penakut yerk.. aku cuma berhati2 di jalan raya.. hehe.

hu~

Labels:




Access Card
Friday, May 2, 2008 / 3:57 PM

@gatau

Gembira (70%) + Sedih (30%)

Kelas tuk arini ada 1 je. Sepatutnya ada sesi perdebatan time wat perjumpaan dgn Penasihat Akedemik (P.A)..tp terpaksa dibatalkan sebab kitorg x cukup ahli. Walaupun sorg takda, perjumpaan xle nak dibuat. Mmg hal besar agaknya, setiap org perlu ada. huhu. P.A aku ni agak sporting dan mmg best ar! kiranya kalau dia takda untuk kelas kitorang, mmg terasa la kehilangan dia..tp kalau aku yg hilang? huhu. siapa la yg nak rasa kehilangan kan. berbalik kepada cerita asal, Kitorg satu kelas ni pulak selalu wat dia pening kepala dgn masalah-masalah kecik. Hikhik. Nak buat cmne kan puan, kitorg ni mmg bermasalah agaknya kan.

So..kelas pagi ni, cuma kelas Instrumentasi. Cm biasa la, kelas mmg relaks dan santai.. bkn gedik santai ek. Disebabkan hari ni baru lepas cuti, mood nak study tu agak kurang. Tp aku mmg dah standby tuk pembentangan mengikut tajuk yg diberikan. Awal-awal pagi tu mmg tak ramai lg yg datang walaupun dah kul8 lebih..dan mood cikgu pun agak ok, dia pun soh tunggu member yg lum datang.

Kesempatan yg ada tu digunakan tuk berborak-borak dgn cikgu.. kata pun santai. he~
Macam-macam gak la cikgu cerita..pasal kepentingan latihan industri..pasal projek.. Agak banyak input yg leh dpt time borak-borak tu. Kekeliruan aku tentang bidang yg aku bawa skrg ni pun telah dijwb oleh cikgu aku.

Persoalan: Cikgu, Medical Elektronic ni ada kaitan dgn BioMedical ke?
Jawapan: Yup..Ada..! (simple dan tepat)

Selama ni aku keliru gak la pasal ni.. sbb mana-mana syarikat akan pelik bila dgr pasal Medical Electronic ni..aku budget machine maintanance jerk. Pasni susah-susah sgt aku terus je cakap yg bidang ni ada kaitan dgn BioMedical. Kalau xpaham bahasa gak..aku sendiri tak tau nak ckp apa lg.

Pasal projek pulak. Ktorg di nasihatkan supaya merancang dari skrg.. Sbb bukan mudah nak merancang projek yg berjaya lg gah. Hahaha (gelak bongkak). Kalau leh wat suit ironman pun ok gak. (sengal ku kembali lg..)

Lepas dah cukup borak tu..kelas pun dimulakan. Start dari kumpulan pertama, sampai la kumpulan ke empat. Huhu. Cukup-cukup pas abis bentangkan..terus ada pop Kuiz. Dapat full mark lg tuh..(maklum la member sendiri yg tanda) hahaha.

Dah tamat kelas tu..ada pulak aktiviti mengambil tugasan+kuiz yg cikgu dah siap bg markah. Mcm biasa la..ada yg puas hati, ada jugak yg xpuas hati. Tp x kan nak salahkan cikgu pulak kan. Aku pun di antara golongan yg x puas hati. Huhu. Syukur je la. mmg x le di ubah pun markah2 tu.

*****************************************************************

Lokasi : Rumah Sewa
Jam: 11:45am
Pelakon : 1watak utama, 4pelakon tambahan, 3pak pacak.

Scene 1
"nuar, masak apa?" aku berbicara lembut.

"nak goreng udang.." jwb nuar.

"nasi byk x?" aku tanya lg.

"1 port je.." nuar membalas slumber.

"cukup x untuk aku skali? aku mkn skit je kot" aku bertanya dgn penuh harapan.

"cukup..kita dua je yg makan" nuar cuba meyakinkan aku.

Scene 2
"sapa pegang kad weh?" menjerit dari dapur.

"kad ilang la..!" ada yg menyahut dr luar.

"ilang ke mana? dah tu cmne korang masuk umah td?" aku membalas dgn gaya xpuas hati.

"ada org curi la dlm peti surat.."

"Jgn main-main weh.. aku malas nak main skrg ni.."

"betul la. Sapa pulak nak main-main"

"Ah.. papehal, jap lg korg letak kat atas meja. aku nak g byr sewa"

"la ko ni..aku ckp kad dah ilang la.."

aku pun membawa diri ke bilik dalam keadaan yg tak nak menerima kenyataan yg dah nyata.. siot tu la!! apa kejadahnya org nak mencuri ni. dah la musim exam nak dekat. kang xpasal2 ada kes kecemasan, tersangkut lak kat lif sbb xle nak lepas pintu yg menyusahkan diri aku selama ni. Arghhh!

*****************************************************************

Lebih kurang kul5, aku teman si dia g faks resume, cover letter, dgn slip result tuk dia apply tempat Latihan Industri..kat Ocean Triangle,Seremban. Dia agak kelam kabut gak la. Aku lak xle nak tgk dia huru hara. Tp dalam keadaan kelam kabut dia tu, selesai gak la urusan yg perlu di uruskan. Si dia belanja jambu batu..Air Jambu satu, dgn buah jambu sepotong. Aku ingt sampai disitu je ke-huru hara-an yg dia nak lakukan, bersambung pulak dgn hal duit sewa. Memula aku ckp leklok, pastu aku dah xlarat nak ckp..aku pun makin wat dia huru hara. huhu. bkn salah aku ek..

Lokasi : Petronas ttDi
Jam: 6:00pm
Pelakon : 1hero & 1heroin

scene1
aku : kita nak watpe kat petronas ni?
dia : nak g atm jap.
aku: owh..nak kuar duit ke?
dia: xla..nak check no.akuan maybank. awk reti x?
aku: hurm..bleh ke? xpenah try lak.
dia: kita try la..
(dpn mesin atm)
aku: apa no.pin ni.. cpt la tekan.
dia: *tut..tut..tut..tut..tut..tut.. (cukup 6angka)
aku: *tekan sana sini..masuk sana sini.. last2 aku try minta penyata. kuar la slip dgn no.akaun atasnya. (dgn muka bangga, aku bg kat dia)

scene2
dia tgh kira-kira duit.pastu aku lak dh memanjat atas moto sbb nak duduk.malas aku nak diri.
aku: cpt la skit kira duit tu.
dia: jap la..byk ni..dah bercampur aduk.
aku: yela2..
dia: mana 2ringgit sy td?
aku: 2ringgit mana pulak ni?
dia: td sy beli jambu..sy byr rm2 ek?
aku: ye la..napa pulak?
dia: hehehe. (buat muka x bersalah)

aku: dah2..jom kita blah. (sambil menghulurkan helmet)
dia: ok2..jom..
aku: Eh..mana kunci motor? (sambil meyeluk poket)
dia: td dah amik kan?
aku: dah la.
dia: tertinggal kat mana lak ni?
aku: kat mesin atm kot.
dia: xda la..sy xnmpak pun td. (sambil dia seluk2 jacket aku dlm bakul)
aku: pastu..kat mana pulak jatuh nya. (sambil muka gelabah)
dia: *membebel sambil check dlm bakul moto aku. (muka lg gelabah)@gigil
";})();ButtonMouseDown(this);'>aku: @hensem*dgn slumber memasukkan kunci ke tmpt kunci sambil memulasnye.
dia: eiiiiiiiiiiiiii.......geramnya......pandai nya dia berlakon!! (muka merah menahan geram)
aku: merah nye muka awk....hehe.
dia: *mengutil2 isi di lengan aku yg xberapa nak ada isi
aku: weh....sakit ar!!!!!!
dia: ha...itu la.tipu lagi.

*****************************************************************

Lokasi : Shah Alam
Jam : 6:30pm
Pelakon: 1hero & 1heroin
Prop : Modenas kriss

Scene1
Atas moto yg bergerak dgn halaju 10km/j, melalui kwsn bank islam..memasuki perkarangan bangunan bank islam.

aku : awk nak g bank kan?
dia : watpe?
aku: kata nak kuarkan duit?
dia: bila pulak sy kata?
aku: la..td awk yg ajak sy ke shah alam nak kuarkan duit.
(sambil moto meyusur keluar dari perkarangan bank islam)
aku: td awk kata nak kuarkan duit kat bank islam?
dia: mmg la..
(sipi2 tayar moto aku menyentuh jalan kuar)
aku: bengong gler!!
@guling@guling
*masing2 berderai ketawa sampai sakit perut lepas menyedari tahap kesengalan yg dialami.

terpaksa la aku u-turn pulak..dah la juah nak u-turn.. sepanjang perjalanan nak pusing tu, asik ketawa je mengenangkan situasi yg baru berlaku tu. huhu.


*****************************************************************


Disebabkan aku dan dia xda pape plan. Aku pun bw la dia g mkn abc kat seksyen2.. ada abc special kat situ..dgn harga yg berpatutan.. xkan dpt la kat tmpt lain dgn harga semurah RM2.50 tu.huhu. Mmg sedap dan meyelerakan la..dgn lelehan coklat yg pekat..dan ice-cream yg sejuk. huhu. disebabkan dia xsuka mkn kacang atas alasan yg xkukuh..aku la yg membedalnya..kacang yg rangup diselaputi coklat. (xdapat nak tunjuk gambar la.. sbb xsempat nak amik gambar dah kena bedal) hehe.


*****************************************************************


Mkn malam yg xdirancang. apa yg x dirancang tu? huhu. aku g ke William gara-gara terpengaruh dgn cik akak lilylulu.. nasib baik la tak sesat nak ke sana.. tuk org yg pertama kali ke sana..mmg mudah la sbb sekali jalan je dah leh sampai. hukhuk. Dalam perjalanan tu mmg risau gak la akan sesat ntah ke mana sbb pertama kali masuk kelana jaya.

Makanan kat situ mmg dasat.. huhu. Xterkata aku. Aku order air manggo special, chicken premium dan si dia order Special pasta with carbonara sauce..seaput tuuu. Mmg aku xabis mkn..bkn sbb x sedap..tp xlarat..terasa sendat je perut. Happy gler si dia bila tgk makanan yg dihidangkan..dia berjaya abiskan 1pinggan wlpn dia lg kecik dr aku..hahaha. hebat!!. Mcm2 adengan lucu dr si dia la.. sakit perut aku nak gelak. sampai org sebelah meja dok tgk2.. huhu. Xkisah la kan..yg penting si dia happy.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal william ni, leh la jengok kat blog duta william yg belum dilantik lg ni iaitu cik akak lilylulu. (ahaks! jgn marah ek.)

Balik umah pun dgn perut yg kenyang sgt..dan menjaminkan tidur yg nyenyak lg lena.. Moto jd agak slow sbb beban berat telah di tambah. ahaks!

(",) Senyuman leh wat kita gembira...

Labels:




1MEi2008
Thursday, May 1, 2008 / 10:51 AM

Selamat Hari Buruh!


Disebabkan harini semua cikgu bercuti.. aku pun turut bercuti.hu~
Tp, kerja tetap ada.. huhu. Tak penah lenggang dr kerja. Apa la nasib ku yg bertuah ni.

Papehal pun.. semalam aku telah menyempatkan diri ku g menengok wayang kat MidValley.. marathon, 2 cite 1 hari. Badan hampir frost dok dalam aircond.

Cerita yg ditonton:
  • Ironman (4:20pm)
  • Congkak (7:30pm)
Bkn nak review pasal filem, hanya sekadar meluahkan pandangan dari mata aku.

Kenapa aku bold-kan perkataan Ironman? Huh!
Hakikatnya..mmg aku suka tgk cite tu! sungguh canggih manggih. Penuh berteknologi. Walaupun cerita tu mempunyai unsur sains fiksyen..kesengalan aku mmg terselah.. Kan best kalau aku leh jd cm ironman. pastu leh dok dalam suit yg gagah perkasa tu.@guling HaHA.
Cukup2.. jangan dilayan sgt. Kang makin sengal lak aku. Cite panjang lebar pun tak guna. Sapa yg berkesempatan tu, jgn lepaskan peluang g tgk.

Congkak~
Cite Hantu yg penuh kejutan.. Hantu x seram mana.. Tp terkejut nya leh tahan gak. Huhu. Keputusan nya ialah 3-1.. Si dia menang dgn 3 gaya terkejut mengalah kan aku yg cuma 1 gaya sahaja. Kalah teruk aku. Hahaha.


Nasib baik la kitorg berdua kuar awal.. dapat gak la tgk 2 cerita.. kalau lewat sikit, mmg give up sikit la nak beratur panjang berjela mengalahkan trailler 16 tayar. huhu.

Harini, 1 Mei 2008.

Huhu. Kena siapkan kerja yg perlu submit sok.. dan jugak 1 pembentangan yg perlu dilakukan dgn jayanya. (1org xphm, 1markah akan ditolak dr pembentangan) . Kejam gler cara permakahan tu kan. Papepun.. harap sume nye akan berjalan lancar.

Esok jugak akan berlaku perjumpaan/perdebatan dalam kelas.Kita nntkan~

(",) Chow..nak g lunch!

Labels:




If you ever lost someone you truly love
Let me hear you say yeah.