Tell me if time should make a change
Then why do I feel the same?




Tagboard

Your tagboard codes here!
Width not more than 170px please.

CCTV
Sunday, July 20, 2008 / 11:54 PM

Uish.. umah ko ada cctv..

Sejak bila aku pasang cctv? (dlm hati)
Napa letak kat komputer? takut di curi?:ha?:
Itu camera la sengal..!:scream:

Labels:




Hadapi dengan senyuman..
Saturday, July 19, 2008 / 11:53 PM

Kalau ada masalah, kita kena senyum..
Org gila takda masalah..:argh:

Aku bermasalah.. Aku normal..

Labels:




Suka duka lara..
Monday, July 14, 2008 / 8:47 PM

Lapor diri kat hospital..
Penat~::(

Lepak penat..

Buat kerja pun penat..

Aduhai..

(",) Kelab pengorek bersatu.. :ahaha:

Labels: ,




Bila kambing di bicarakan di Parlimen..
Friday, July 11, 2008 / 7:02 PM

Kelmarin aku tgk tV..

Kambing dibicarakan di parlimen..
Kambing jantan leh servis 80 kambing betina..:ha?:

Labels:




3 Lorong
Thursday, July 10, 2008 / 10:03 PM

Pembukaan lorong ketiga!! (terima kasih kepada iEn)

ikut kiri kecuali memotong!

Kenderaan berat dilarang memotong..
Aritu aku ada kata nak berubah arah kan..tapi sekarang aku dah ubah fikiran.:astig:

Selepas 6 hari blog ni mengalami kerja - kerja pembaikan,dan penurapan lorong ketiga..

aku berjaya gak selesaikan harini..

Segala kerjasama dr pihak berkaitan amatlah di hargai..

Lorong ketiga mula beroperasi harini.. hehe.

sebelum ditokok tambah.




selepas ditokok tambah

Terima kasih juga kepada yg menyokong.. dunia blog ni sungguh seronok rupanya, walaupun kita saling kenal dalam alam maya sahaja tapi sikap ambil berat kalian membuatkan aku lebih semangat nak menaip dalam ni.

Minggu depan aku akan mula dengan latihan industri, dan mungkin blog ni akan jadi bosan dengan laporan harian kat tempat kerja sahaja. Hahaha. Itu salah satu cara aku nak disiplinkan diri dengan gunakan blog ni untuk menulis laporan setiap hari disamping meng-update blog. huhu.

Jumpa lagi~

Labels: , ,




Kurang rajin..
Friday, July 4, 2008 / 1:26 AM

Aku dah semakin malas nak mengupdate blog. hu~ kalau dlm bahasa yg lebih positif ialah kurang rajin.

Maklum la, aku pun dah hampir habis cuti dan akan mula semester baru dgn Latihan Industri.. harapnya aku akan semakin rajin nnt. huhu. hampeh! sebenarnya aku mmg malas. apa yg merisaukan aku, kena wat laporan harian. ntah mcm mana aku nak disiplin kan diri ni.. nak update blog pun dua tiga kali fikir.

Esok pagi2 aku akan g terengganu (dungun), tuk hantar adik aku balik uitm.. dia kena daftar hari sabtu, sbb nak merayap kat sana punya pasal, itu la g awal sehari..

Tak tau la apa yg ada kat sana, dulu dah penah g.. yang ada pun pantai je..

Harap ada sesuatu yang menarik di sana.. hehe~

Hurm.. aku bercadang nak pindah blog.. nak pindah nama baru.. dgn mood yg baru.
Migrasi..~

Labels:




Kegatalan..
Tuesday, July 1, 2008 / 2:41 AM

Aku ada masalah kegatalan..
Gadis cantik sila hati - hati ye bila selisih dengan aku.
Mata aku merah - merah.. berair pulak tu..
Ada waktu nya kegatalan aku menjadi - jadi.
Kegatalan yang melampau buat aku tak senang duduk..


Resdung~ aku bersin sepanjang masa.Gatal-gatal idung perkara biasa..

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

1) Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.

2) Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).

3) Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

4) Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik

5) Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

6) Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.

7) Selalu basuh barang permainan yang lembut.

8) Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

9) Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.

10) Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

11) Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.

12) Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.


Labels: , ,




If you ever lost someone you truly love
Let me hear you say yeah.