Tell me if time should make a change
Then why do I feel the same?




Tagboard

Your tagboard codes here!
Width not more than 170px please.

2 Hari sebelum Raya!
Monday, September 29, 2008 / 1:04 PM

Sekarang ni aku berlintas langsung dari ofis. Ini cubaan pertama aku mengekses blogspot menggunakan pc ofis. Sebelum ni ada gak, tapi tak pernah login. Sekadar singgah sahur je kat blog sendiri sambil melawat blog kawan - kawan. Di sebabkan semua staff dah chow. Itu pasal aku amik kesempatan yang ada tuk melayan blog ni. Dah ramai staff yang bercuti.. Kalau yang tak bercuti pun, tetap dengan mood cuti + raya je datang ofis. Jadi, paham - paham je la, kerja tak berjalan.. Diorang je yang berjalan.

Kisah yang akan diputarkan pada hari ini ialah, kecelaruan seorang pelajar praktikal. Nak datang kerja atau nak lepak kat rumah?

Kisah ini, berkait dengan semalam punya pemikiran juga. Semalam memang aku bercadang tak nak datang kerja harini, sebab aku memang malas dan mood raya dah timbul sikit - sikit. Mengenangkan kat rumah pun aku takda buat kerja apa - apa, jadi aku pun bertambah celaru memikirkan nak datang kerja ke tak.. Lepas cukup bercelaru, aku minta pandangan cik mully.. Beliau memang jeles sebab aku ada pilihan untuk pergi kerja atau lepak kat rumah je. Lepas mempertimbangkan idea yang disuarakan oleh beliau, aku pun ambil keputusan untuk datang kerja. Huhu. Sekadar nak punch card untuk masuk, pastu balik rumah tidur, dan datang semula untuk punch card keluar.

Tapi di saat aku menaip rumusan merapu ni, aku masih belum pulang, Aku mungkin cakap tak serupa bikin. Tapi hakikatnya aku baru pulang dari Mid Valley..Huhu. Aku jalan - jalan. Cuci - cuci mata tengok baju raya..raba - raba baju raya.. Tapi tak beli apa - apa pun. Sekadar menemani En.A ber-shopping. Beliau masih bujang, tapi dah berpunya. Huhu. Jangan berlaku salah paham yer kat sini. Aku masih lelaki yang meminati seorang gadis.

Time aku jalan - jalan tu, ada gak aku berbalas sistem pesanan ringkas dengan cik mully.. Kesian beliau, kena servis autoclave. Aku lak pening - pening jalan kat Mid Valley. Pening sebab sambil jalan, sambil ber-sistem pesanan ringkas..Huhu..Dah la pakai 2 handphone. (bila nak topup ni?). Daripada maklumat yang aku dapat, beliau berbaju kurung harini sambil buat kerja dengan spanar. Sangat ayu bukan? Hahaha.

Ok la..Sampai disini je sesi mengutuk cik mully di tengahari yang mendung - mendung nak hujan ni. Jangan jeles yer sebab daku dapat pergi shopping tadi.. Eh.. bukan shopping sangat pun, teman orang jer..

p/s : Rumusan ni macam lari tajuk je kan? Permulaan dengan Penutup cerita macam tak berkaitan langsung. Hahaha.

Labels: , , ,




Kuih itu bulat-bulat hijau!
Sunday, September 28, 2008 / 11:59 PM

Aku tak pernah suka hari ahad, bukan sebab benci yer. Tapi sebab hari ahad memang lemau macam biskut kering masuk angin. Semua nye jadi slow and steady. Sudah la pagi tadi tak bangun sahur. Musykil aku, betul ke mak aku dah kejut? Aku ada gak risik - risik kat adik aku. Diorang pun tak bangun sahur.. huhu.

Haish! Bertambah lemau la aku kalau tak bangun sahur ni. Tapi hari ni aku tak ada order Mekdi ok. Itu cuma kisah silam beberapa hari lepas. Tinggal lagi 2hari je nak berpuasa.. bersamaan 2kali lagi bangun sahur. Aku dah pesan cik mully soh kejut gak apa nak jadi pun. Kenapa aku tak guna jam loceng[handphone]? Untuk makluman, memang tiap malam aku kunci jam[handphone].. tapi, tepat masa dia nak berbunyi tu, aku rasa macam bunyi tu sebahagian dari mimpi aku.. itu pasal la aku susah giler bangun pagi.. Kalau paling tragis pun, tangan aku automatik jer mampu nak off jam loceng tersebut[handphone]. 2 biji jam loceng[handphone] yang digunakan untuk menjamin aku bangun tidur tepat pada masanya.. jarang sekali jaminan tu terjamin 99%.(tak kisah la, 10 biji pun, aku tetap susah bangun)

Berbuka hari ni, mak aku buat kuih bulat - bulat hijau. Hari ke-28 berpuasa ni la baru dapat makan kuih tu.. kat bazzar ramadhan yang sesak memang aku tak nampak. Berpuluh - puluh biji aku makan masa berbuka tadi.. Sambil tengok cerita Supernatural pun aku sempat mencapai berpuluh biji lagi.. asal ada hantu keluar je, aku sumbat banyak - banyak dalam mulut. Nebes la katakan.

Siapa tahu nama kuih tu? aku lupa la..


p/s : Daku malu - malu nak masuk blog sendiri sebab cik mully baru buat post jiwang pagi tadi.

Labels: , ,




Setahun bersama cinta
/ 12:00 AM

Gambar sekadar hiasan dinding.

Pada malam 28 September 2007, bertempat di Tasik Titiwangsa,
Dengan hati yang berdebar-debar, mulutnya kelu untuk berkata-kata,
Aku menunggu dengan senyuman dan hati yang sabar, dia memegang tangan ku erat,

"Sudikah kau menjadi kekasihku?"

Hatiku girang, akhirnya dia melafazkan kata-kata cinta...Aku hanya tersenyum lebar..Lama ku nantikan saat itu..aku merasakan anganku menjadi kenyataan..Akhirnya kami dengan rasminya menjadi sepasang kekasih..

Hari ini..28 September 2008, masuk setahun kami berkasih..Banyak jalan cerita yang kami hadapi bersama-sama..Dengan harapan kita masih kuat untuk meneruskan perjuangan... Mencapai impian kita bersama..Aku menyayangimu "Pencuri Hatiku"..:botol_02:

I lap u..=)

Happy Our 1st Year Anniversary..

Labels: , , ,




Salam bermaafan!
Saturday, September 27, 2008 / 1:15 PM

design credit: pts


Salin & Tampal ke blog anda!

(Harini 27 Ramadhan) Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua!! Disini ada E-kad utk pengunjung blog ni.. tak kira la yang pertama kali atau pun kedua kali mahupun ketiga kali. Sila la gerakkan tetikus untuk menerima e-kad yang tak seberapa ini.

Macam mana persiapan raya kalian semua? Tinggal lagi 3 hari je untuk menyambutnye.. Diharap, dipermudahkan la segala urusan yang kalian semua lakukan.

Kuih raya macam mana? kuih tunjuk je ke? Tak kisah la kuih raya apa pun kan.. yang penting semangat nak menjamu selera kena ada la kan. melantak apa yang termampu. Tapi jangan di lupa orang yang tak mampu nak merasai semua tu.

Baju raya berapa pasang? Warna apa? kihkih. Ini la yang kasi meriah semua pusat membeli belah kat malaysia ni kan. Walaupun tak larat mana nak berjalan, demi baju raya, digagahkan juga nak pergi ber-shopping apa yang patut. Maklum la, raya sekali setahun..(eh.. tahun lepas - lepas, ada yang raya 2 kali setahun kan?) Apa warna sekali pun.. Berapa pasang yang bakal dipasang pada badan pun.. sama - sama la kita fikirkan pada yang tak mampu nak pakai baju baru setiap tahun..

Bagi yang bakal pulang ke kampung, ataupun bakal menempuh perjalanan yang jauh.. "Berhati - hati di jalan raya..Ingatlah orang tersayang!" (yang naik kapal terbang pulak, sila berhati - hati dengan pramugari cun yang seksi.. bulan puasa beb.. jaga mata.)

SELAMAT HARI RAYA! (3hari lagi)
MAAF ZAHIR & BATIN!

Labels: , ,




Gelagat Di Office Technical
Friday, September 26, 2008 / 5:57 PM


:Penguin20:
Hye...aku datang mengupdate lagi..hehe..
Nampak tak picca di atas..?
**Sajer suker mencapub kat sneh..
Huhu..ini lah gelagat kitorang bila dah malas nak buat kerja kat office..
Seronok betul kitorang bermain camera..
**Kalau tak abis bateri tak sah~
Tak peduli pun sesiapa yang lalu-lalang kat situ..
Terserlah kesengalan masing2 kan?haha..
Kak Huda, Me Miss Mully2, and Kak Lyna..
Huru-hara office di buatnya...
Dengan gelak tawa..
Hurm...rindu betul kalau tak der mereka di office..
Hari isnin ni aku kene kerja..
Mr. Boss tak kasi cuti walaupun aku punya cuti dah di approve oleh penyelia..
Kak Huda dah bercuti semalam lagi, sekarang dah sampai Terengganu dah..
Kak Lyna pula dah sampai Pahang agaknya bersama-sama Bufren nya semalam..
Mesti bosan giler kat office Isnin ni..
Tapi ok lagi sebab masih ada Kak Lin dan Kak Ani..huhu..
Pape pun Selamat Beraya kakak-kakak semua..
Ingat2 lah Mully2 disini..
Hehe..
**Kepada kakak-kakak semua yang jauh nun disana, balik nanti jangan lupe buah tangan Terengganu & Pahang yer?

Labels: , , ,




Mekdi di Bulan Puasa!
Wednesday, September 24, 2008 / 10:01 PM

Ini cerita tetunggak lagi. Ini cerita beberapa hari lepas. Masa situasi ni berlaku, aku tak ada sebarang tenaga yang masih tersimpan dalam badan. Itu pasal la cerita ni jadi tertunggak. Bayangkan la aku tak terjaga untuk bangun sahur pada hari kejadian, dan paginya aku perlu wat kerja yang memerlukan banyak tenaga.

Di tengah hari yang dingin, tekak aku kering giler, perut berpesta sakan. aku yang masih berserah pada takdir terus buat kerja. Kepala masih memikirkan kenapa aku tak bangun sahur pagi tadi.. sebelum pergi kerja ada gak aku menimbulkan beberapa persoalan kat mak aku, bila di tanya, katanya dah kejut berkali - kali.. aku lak rasa seperti tak dikejutkan. huhu. aku memang liat nak bangun pagi pun.

Sambung cerita kat tempat kerja sewaktu melakukan kerja.. Darurat giler la, dah negatif sangat tenaga yang aku ada.

Aku pun tekan butang dail; Kring!! Kring!! Kring!!

Tetiba ada suara garau menjawab, Hello. Aku pun membalas, Hello.

En. Suara garau mengajukan soalan cepumas; Ye, apa saya boleh bantu?

Aku dengan tanpa segan silunya menjawab persoalan itu; Sy nak order Mekdi set no.2!

En. Suara garau kembali dengan soalan yang lebih mencabar; Tingkat berapa nak hantar?

Aku pun turut kembali menjawab; Urm..tingkat 4 kot.

En. Suara garau membalas ringkas; Roger n Out!!


Macam biasa la, lepas dah order Mekdi, kena la tunggu kan. Perkhidmatan sangat cepat dan cekap. Tak sampai 10 minit, ada org datang.

Krek! Krek! Krek! (kunci di buka dari luar)


Aku : Eh! Lama nye sy tunggu.
Brader : Ala.. relaks la. sy puasa la.
Aku : Ok2. Terima kasih bro.
Brader : Ok. No problem. Lenkali kalau sangkut lif, ko order la Putu Mayam pulak!

Hahaha!:botol_38:


PEMBETULAN~ KENYATAAN SEBENAR!
(di sebalik tabir, tayangan unggul pada 26 sept 08)



Yang sebenarnya gua masih berpuasa penuh lagi. Belum ponteng lagi tau tak. Anda telah salah paham ke atas story di atas. Story di atas berlaku didalam lif. Ye! di sebut kembali untuk kali kedua bagi memberi penjelasan yang lebih jelas terhadap pemahaman kalian yang telah salah paham. Gua telah tersangkut dalam lif. sudah jelas setakat ini? di dalam lif yer adik - adik, akak - akak. Di ulang tayang sekali lagi.. tersangkut dalam lif.

Butang dail yang di maksudkan dalam petikan di atas membawa maksud butang berwarna kuning didalam lif sebuah hospital di daerah cheras. Butang tersebut berfungsi untuk menghubungkan pusat kawalan lif, dengan pengguna lif. Jika berlaku kemalangan seperti yang gua alami di saat itu.

Memang pada hari tersebut gua telah mengalami sengal - sengal otot perut akibat tak bangun untuk bersahur. Tapi bayangkan la, gua dalam lif ketika dan saat gua membuat panggilan ketika itu. Disaat itu, oksigen tak berapa nak sampai ke tahap kepala otak gua. Jadi, telah timbul sedikit kecelaruan minda semasa membuat panggilan menggunakan butang dail yang terdapat dalam lif tersebut. Gua pun tak sangka En. Suara Garau tersebut melayan kepala gua yang telah senget akibat ketidak cukupan oksigen ketika itu.

Sindiran paling pedas oleh brader yang telah di hantar oleh En. Suara Garau ketika itu adalah, "Brader : Ok. No problem. Lenkali kalau sangkut lif, ko order la Putu Mayam pulak!"

Sekian. Sampai di sini sahaja la penjelasan bagi story yang di salah erti oleh beberapa orang yang telah menegur gua. Tidak lupa juga yang telah menghantar sms bertanyakan kesahihan story ini secara langsung menimbulkan spekulasi yang tidak di ingini. bagi menjaga status dan taraf bermaustatin gua di alam maya ini, perlu la gua membuat penjelasan bagi tidak mengaburi mata mana - mana pihak lagi.

Sekian. (untuk kali ke-2, sebab tadi kan gua dah cakap sekian untuk sekian kalinya.)

Labels: , , ,




Lepak blog rakus..huhu..
Tuesday, September 23, 2008 / 2:20 PM

:5::5::5:
Huhu...sangat teruja dengan emoticon ini..
Thanks too ynn yang sangat baik hati..
:6::6::6:
Sangat menarik kan..?
Aku ingat budak tembam aje..
Rupa2nya ah moi ya...
Haha..
:50::50::50:
Beberapa hari ni aku suka terjah blog orang...
Tapi ku tertarik dengan gelagat ynn dah rara...
Haha...suka melepak di blog mereka...
:2::2::2:
Alamak..seminggu lagi nak raya ni...
Bila nak buat post tuk raya nih..?
Bila nak antar kad raya ni..?
Bila nak shopping raya nih?
:51::51::51:
Ah..peneng nye..tak buat ape2 pun lagik..wahaha..
Hidup mesti slamber..
:35:
Kan3?!
Sekian tuk saat ni..
:11::11::11:
Da...~

Labels: ,




Kad raya!
Monday, September 22, 2008 / 5:45 AM


Sekarang ni musim nak berhari raya.. ada yang bersemangat, ada gak yang ala - ala kamdar kadar.

Member yang non muslim ni, ada semangat lak kan..

Member : I nak bagi kad raya la.. tp tak tau nak bagi by hand or pos?

beberapa ketika. ketiga - tiga perompak penyampok bersuara serentak.

Penyampok 1 : ha! mulut ke mulut pun i sanggup terima kad u.
Penyampok 2 : kau bagi pakai kaki pun boleh.
Penyampok 3 : I tak nak, i nak duit raya.

beberapa tika kemudian, tak sampai sesaat.

KLEPEK!!

Penyampok (nombor dirahsiakan) : Aduh! pehal ko baling buku kat mulut aku!?

------------

Disini telah timbul persoalan yang begitu rumit untuk kalian fikirkan;

1 ) Siapakah penyampok yang di baling buku kat mulut beliau itu?
2 ) Dan yang kedua, dimanakah diriku berada ketika itu?

Selamat Hari Raya!! (8 hari lagi)


PEMBETULAN~ PENeRANGAN!
(di sebalik tabir, tayangan unggul pada 26 sept 08)

Kisah ini perlu diceritakan kembali bagi pemahaman cik mully yang tak berapa nak paham dengan drama tamil yang dilakonkan oleh para pelakon yang tak berapa terkenal, di zaman ini. Di sebabkan gua telah menggunakan bahasa dan jalan cerita yang kurang jelas di atas, hari ini perlu lah gua merungkai segala misteri nye menggunakan jalan cerita yang di bangunkan dengan latar cerita pada zaman purba kala di kala manusia menggunakan cawat bagi melindungi tubuh badan dan menggunakan batu sebagai senjata menghentak kepala kijang yang bakal di jadikan santapan makan malam meraka. Zaman apa ek? Gua gagal sejarah la beb.

Al - kisah tersebut la di sebuah bengkel yang menjadi port melepak 4 orang manusia yang terbabit dalam cerita di atas. Tatkala terjadi nye kisah di atas adalah disebabkan timbulnya perbincangan mengenai kad raya yang menjadi amalan manusia dahulu kala yang belum terdedah dengan peralatan canggih seperti handphone, laptop, komputer, internet, broadband..dan segala macam peralatan dan teknologi yang seangkatan dengannya.

Mereka ber-4 ini mempunyai masalah kewarasan minda jikalau terlalu lama terperuk di dalam bengkel yang kurang peredaran udara nye. Tatkala itu, terpacul la persoalan dari seorang teman bagi 3 orang kawan tersebut. Soalan itu berbunyi begini.."I nak bagi kad raya la.. tp tak tau nak bagi by hand or pos?". Gua mengesyaki bahawa soalan yang terpacul dari mulut beliau itu sungguh ikhlas di saat beliau tengah sengal ketika itu. Ini kerana beliau turut mengalami perubahan iklim dan perubahan makanan yang mendadak semasa berlangsungnye bulan Ramadhan ini.. dan ini juga turut mengundang perasaan beliau untuk turut be-raya dengan kami bertiga.

Selepas terpaculnya soalan itu, maka terpacul la beberapa jawapan ikhlas dari 3 orang kawan yang menjadi kawan beliau ketika itu. Berikut adalah jawapan nye;
Penyampok 1 : ha! mulut ke mulut pun i sanggup terima kad u.
Penyampok 2 : kau bagi pakai kaki pun boleh.
Penyampok 3 : I tak nak, i nak duit raya.

Selepas mendapat jawapan yang ikhlas dari 3 orang kawan beliau ketika itu, maka berlaku la adengan bahaya yang turut menjemput pelakon tambahan yang menjadi penyumbang utama bagi menjayakan produksi filem ini bagi mengondol piala Festival Filem yang ke-? ( gua tak tau la ke berapa.. malas nak search). Pelakon tambahan tersebut telah menyumbangkan sedikit tenaga batin untuk membaling buku ke mulut penyampok yang di rahsiakan identiti nye.

Sekian~ sampai disini sahaja cerita tersebut. Di akhir tayangan cerita ini telah terbit beberapa soalan yang perlu di jawab bagi mereka yang merasakan diri nya cukup handal untuk memikirkan teka - teki yang tersirat ini. Untuk soalan tersebut, sila dapatkan di atas yerk.

Labels: , , ,




KFC seiring De Royal Bintang?!
Sunday, September 21, 2008 / 12:11 PM


Di kala octa dan rakan2nya menikmati ayam terkepak-kepak,
aku pula ada jamuan berbuka puasa di Royal Bintang.
Huhu...Hampir semua staff menghadirkan diri,
yang tak datang kerja pun datang pada malam tu.
Makan free punya pasal..:mKening:
Antara koleksi gambar yang mampu ku upload..

Ini sahaja aku punya...Rakus betul time nak amik...Sume nampak sedap..Nyum2..:mLove::mLove:

Antara aksi2 spastik kami..lapar sangat lah katakan...Isk2...
Kak Huda, Kak Lyna, Kak Lyeen, Kak Ani, Aku Miss Mully2..
Sume same jer..Haha..
:mGelak:Best..!!Kenangan...:mGelak:

Miss Mully2 : Urm..lama tul post ni tertunggak..Ni sume pasal fon tak leh nak transfer gambar..Isk2..Tapi tak terlambat pun..Huhu...

Labels: , ,




Cik Pink berkuping(Minimo smileys Cukis)
/ 9:49 AM

Ding Dong..ada emoticon baru la...comel tak??:minimo_21:Hehe...:minimo_12:
Pink yang berkuping...Namanya Minimo Smileys..Kemana-mana sahaja dengan telinga besarnya...Tak tahu lah sekakadar bergaya dengan topi atau memang telinganya..Hahaha..:minimo_20:
Ada sesiapa yang mahukannya??:minimo_02:Silalah click:chokilala: untuk sedut emoticons ni...
Thanks tuk cik cukis yang pemurah...Heheh...:minimo_41:
Cik cukis...N'gak papa kan cik mully promote namamu disini??:minimo_19::minimo_19:
Agar kamu bertambah glemer shine2 lagi...
Hukhuk..
:minimo_01::minimo_01::minimo_01:

Labels:




Botol susu dan aksinya!
Saturday, September 20, 2008 / 4:37 PM

Salam Ramadhan ke 20! (lg 6 hari, harijadi aku..:botol_46:) tolong ambil perhatian untuk org yg terdekat yerk..:botol_53:. Di bulan yang mulia ini, aku nak eksen sikit dengan en.botol susu ini.. dah sekian lama aku tak wat aktiviti mengedit script. Harini aku dah siapkan satu script, tapi belum bercadang nak sedekahkan kat sesiapa lagi.. (bagi la chance utk aku bergaya jap).

Disini aku ingin memberi sedikit pengenalan kepada kalian mengenai en.botol susu, beliau seorang botol susu yang tidak dikenali jantina nye.. nak kata jejaka boleh, nak kata gadis pun leh jugak. (kenapa nama beliau en.botol susu?) Lantak daku la.. aku yang cipta script ni. Aku wat script ni pun sebab aku sangat suka melihat aksi manja beliau dgn botol susunya.. (Adakah aku manja seperti beliau?) itu adalah rahsia peribadi aku dan cik mully.. kihkih. Segan wo mau terus terang..

Cukup - cukup la sesi perkenalan ni.. dah macam aku lak yang perkenalkan diri sendiri..karang merajuk pula en.botol susu ni.. di ingatkan kembali, beliau sgt manja, tak pasal - pasal beliau cuba lari dari rumah lak nanti..

Sekian~

p/s - tontoni lah "tembak skrin" yang akan membuatkan anda berasa iri hati..


script akan di pasarkan atas permintaan..:botol_33:

UPDATE : jika ingin menculik en. botol susu, sila culik di (sini):botol_17:

Labels: , ,




Die...Yang amat ku sayang...Pencuri hati..
Wednesday, September 17, 2008 / 6:41 PM

Agak2...boleh tak aku buat luahan hati kat sini??
:pingu_02:
Huhu..Terlalu peribadi lah pulak nak ditayang2..
Tak best pulak camtu kan?
Hehe...
:pingu_20:
Jap..Aku usha line jap..
Clear ke tak..
Aku nak luahkan pada seseorang..
Mestilah untuk orang yang tersayang..:pingu_22:
Huhu..
Aku rasa tak best tul lah berjauhan dengan orang yang tersayang..
Aku rindu betul saat bersama-sama dulu...
Di depan die ade aku..Di depan aku ade die..
Bestnye waktu2 tu...:pingu_30:
Sekarang masing2 nak busy...
Tak der mase nak berbunga2an..
Tak sonot lah camtu...Kan3??:pingu_18:
Tengok..Penguin ni pun cakap ye gak..
Hehe...
Kalau dulu..Tiap masa bersama2..
U nak g sana..i g sana...I nak g sini..u g sini...
Macam belangkas la pulak..
Ala2 merpati dua sejoli gitu..
Haha...
:pingu_06:
Ala penguin..jangan lah malu2...
Aku sangat lah merindui saat2 itu..
Begitu banyak kenangan manisku bersama2 die..
Pahit2 tu..Toksah citer la kan...
Tak best..HeE..
Aku harap aku ngan die leh gembira2 selalu cam dulu...
Sehingga akhir hayatku..
Hanya untuk bersama die..
Sebab die lah pencuri hatiku...:pingu_37:

Labels: ,




Tak tahan... ::Sakit::
/ 4:02 PM

:cinonet_47::cinonet_47::cinonet_47:
Adoi...tak tahan lah macam ni...
Dah 2 hari ku tak pergi kerja..
:cinonet_13:
Peningnye palaku..berdenyut2..
:cinonet_48::cinonet_48::cinonet_48:
Tak tahan...tak tahan...
:cinonet_15::cinonet_15::cinonet_15:
Naik pecah pala aku camnih...
Semalam ku jumpe doc...
Aku paling malas nak g jumpa doc..:cinonet_54:
Ade ker patut..dalam ku menahan sakit ni..
Aku kene tunggu dalam 2 jam tuk jumpa doc...
Setengah jam tuk 1 patient..
Membare btol hati aku menunggu..:cinonet_07:
Dalam menahan kesakitan..
Seb bek aku leh sabar menunggu doc tu..
Kalau tak, dah lama aku trus balik je..
Bile aku dah dapat masuk tuk check up,
Doc tu lak marah2 kat aku lak...
Aku nak bertanya je,
:cinonet_46:
Ade pape yang tak kene ker dengan kesihatan aku neh..
Macam2 aku tanya...
Doc tu leh menguap besar2 depan aku..Ceh..
Servis kat klinik tu mmg lambat nak mampus...
Nak amik ubat pun kene tunngu lama..
Lain kali dah tak nak dah g klinik tuh..
Bek aku g hospital.. :cinonet_09:
:cinonet_45:
Aduh...sakitnya..
Doa kan kesihatan daku ye..


Owh...tak lupa...
Comel kan cinonet ni??
Thanks tuk n3sLo..
:cinonet_17:
Sila tepuk tangan tuk cik n3sLo..
Huhu...

Labels: ,




Tergolek, di golek!
Tuesday, September 16, 2008 / 5:48 AM

Port Dickson.

Gambar ini di ilham kan sebelum cik mully tergolek di pantaian yang indah, di hari yang indah. Beliau bukan jatuh terlentang, tetapi hampir - hampir tersungkur.. ya! aku tak buat sebarang rekaan cerita.. memang lucu, tapi apakan daya, aku tak mampu nak ketawa sangat masa tu sebab kulit lengan aku di kutil - kutil bagi memuaskan hati beliau kerana tak dapat nak cover aksi bahaya beliau ketika itu.. Bila dikenang kembali.. sangat - sangat lucu, lagi - lagi bila tengok gambar sewaktu kejadian.. (gambar tersebut tidak dapat disiarkan atas sebab - sebab peribadi). Bagi yang terlepas peluang mengikuti kisah sewaktu di tempat kejadian, sila ke (Saya suka melompat dan jatuh tergolek!) bagi memahami status sebenar cerita yang aku sampaikan ini, sebarang tokok tambah dalam cerita ini adalah asam garam kehidupan.

p/s : aku memang selalu buat cerita tertunggak. haha.FootInMouth

Labels: , ,




Ayam yang terkepak - kepak!
Sunday, September 14, 2008 / 8:19 PM


:pandaGeli_03: Wah!! Hye!! Lama betul aku tak update. Semua ni gara - gara perasaan aku yang kucar kacir..bila perasaan sendiri jadi kucar kacir, aku tak dapat nak update blog, sebab saat tu aku akan terlupa password tuk login blogspot. Beberapa hari lepas, aku telah hilang dalam perasaan kucar kacir tu. Sampaikan ada yang mem-fitnah aku telah kahwin lari dengan cik mully. (Cik Neo, sila minta maaf di pagi raya nanti..jangan lupa duit raya, daku masih dalam lingkungan berkelayakan untuk menerima duit raya.)

Jadi dikesempatan aku di ulit perasaan kucar kacir tu, aku tak ketinggalan melawat blog kawan - kawan. Ada ber macam - macam kisah di bulan puasa. Dari yang ter-korek idung dengan sengaja.. hinggakan pura - pura berkumur sambil ter-telan air paip-si..

Kalini, aku nak berkongsi kan kisah masa aku berbuka kat luar, bersama - sama kawan praktikal. Untuk pertama kali setelah 12 hari berpuasa (harini 14Ramadhan: ini post tertunggak) aku berbuka dengan kawan. Yang lain dan unik nya, ada seorang kawan non-muslim yang join aku berbuka. Paham- paham je la masa untuk berbuka, kena la stand by awal sikit.. kena order makanan awal sikit. Nak tak nak, kena order pukul 6:30pm, beratur punya beratur, pukul 6:50pm baru la sampai depan kaunter dan boleh tersenyum kat kakak kaunter. Yang sebenarnya, aku tak beratur pun.. hahaha. Aku duduk kat meja je, aku cuma kirim kat member je suruh order kan.. dengan alasan, aku nak jaga meja. kang ada yang curi meja lak di saat waktu kemuncak nak berbuka ni.

Lepas dah siap order, dan letak semua makanan kat meja, member yang non-muslim pun tanya kat aku..

"boleh makan dah ke?"
"cuba tengok jam u, pukul berapa?"
"pukul 6:59pm"
"lepas dah tengok jam, kena tgk anak bulan pulak.."
"macam mana?"
"cuba cari mak bulan dulu.."
Penyampok - "Sudah - sudah la tu.. Tak abis - abis nak mengarut"

:pandaGeli_13: Kesian kat beliau di tipu sunat oleh aku.. hahaha. Walaupun beliau terliur tgk ayam KFC terkepak - kepak dalam pinggan, beliau sanggup tunggu waktu berbuka puasa secara rasminya.

Labels: ,




♥ ♥ ♥...Be The Man... ♥ ♥ ♥
Monday, September 8, 2008 / 11:27 PM

Dedicated to "Him"
:bye::bye::bye:



To him who belongs to me...
He's the one and he's the only one...
Please forgive me....
I know its hard...
But im scared...
I don't want any changes in us...
Trust me...Ur in deep in me...
:pandaGeli_09::pandaGeli_09::pandaGeli_09:
~My Lover~

Labels: ,




♥♥Only You in My heart~♥♥Love you So Much!!♥♥
/ 10:47 PM

:kiss::kiss::kiss:
Celine Dion Lyrics
I want to be the face you see when you close your eyes
I want to be the touch you need every single night
I want to be your fantasy
And be your reality
And everything between

I want you to need me
Like the air you breathe
I want you to feel me
In everything
I want you to see me
In your every dream
The way that I taste you feel you breathe you need you
I want you to need me
Like I need you

I want to be the eyes that look deep into your soul
I want to be the world to you
I just want it all
I want to be your deepest kiss
The answer to your every wish
Im all you ever need

More than you could know
And I need you
To never never let me go
And I need to be deep inside your heart
I just want to be everywhere you are....

I want to be the face you see when you close your eyes
I want to be the touch you need every single night
I want to be your fantasy
And be your reality
And everything between
:flower::flower::flower:

Labels: ,




♥♥♥♥♥...Hati...♥♥♥♥♥
/ 10:21 PM

"Terlajak perahu boleh berundur..Terlajak kata diri binasa.."
:mThinking::mThinking::mThinking:
Betul ker pepatah aku tulis tuh??
Ape harus ku lakkukan??
Tanpa die aku tiada sesiapa lagi..
Tanpa dia aku tak memiliki apa-apa lagi...
Hanya Dia segalanya...
Aku dah tak mampu nak berkata2...
Hanya hati aku yang merasa...
Hanya kotak akalku yang memikirkannya...
:phonecry::phonecry::phonecry:
Tabah dan sabar lah menghadapinya...
Saat yang sulit tuk ku terima...
Bijak lah akal tuk mencari jalan penyelesaiannya...
:mKanta::mKanta::mKanta:
Hanya padamu Ya Allah..
Aku berserah...
Ameennn...


Labels: ,




Its NEW!!Weee....(^-^)
/ 9:13 PM

:mGelak::mGelak::mGelak:
Yeyey!!
Ada sandle baru...
:dancepanda::dancepanda::dancepanda:
:pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27:
Photobucket
:pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27::pandacloud_27:
:dancepanda::dancepanda::dancepanda:
Comel tak sandle baru ku??Ngeh2..
:mNgumpat::mNgumpat::mNgumpat:
Psssttt.....Psssttt...
Beli kat mana tuHH??
Hehe...Adalah nyah...~:pandacloud_19:
Sebenarnye dah lama tak ada sandle ...HeeE..~

Labels: ,




Anugerah gilang gemilang.
/ 6:00 AM

Salam kepada semua,

Pertama sekali aku nak mengucapkan terima kasih kepada beliau-beliau yang sudi meng-anugerahkan pangkat kebesaran kepada aku.. Minta maaf kepada pemberi anugerah sebab aku peram anugerah gilang gemilang ni terlalu lama dlm draft.. Baru hari ini berkesempatan untuk dijadikan tatapan umum.. Melaram dulu la sebelum org lain pandang.. Jadi, untuk tidak membuang masa.. Tatapi la.. dan ratapi la anugerah ini..
(maaf la ayat jakun sikit.. pertama kali la katakan)FootInMouth



dari : Kak Sarra



dari : Saudari iEn

Labels:




Adek2 ku yang DEMAM!! Oh NO!!
Sunday, September 7, 2008 / 10:10 AM

Isk2 adek aku ni...tensen tul dgn demam dorang ni...:puteh_15:..
Pantang dapat online dah sekarang ni...
Selagi ada masa nak jer terpacak depan laptop aku neh...:puteh_25:..
Anytime, siang, malam, pagi, petang...
Layan menda yang sama jer..Myspace, Myspace, Myspace lagi...
Dari yang besar...sampai la yang paling bongsu...
Spesen jugak demam nye...:puteh_3::puteh_3::puteh_3:
Sekali2 aku jenguk gak ape yang dorang buat...Wah...mukan main lagi adek aku menyusun perabot di rumah favourite mereka tuh...


Ni...Adek aku yang paling tue, kirenye bawah aku la..Marisa Bt. Musril namenye:pandaGeli_19::pandaGeli_19::pandaGeli_19:Huhu..Saje nak kenal2kan adek aku...She's 18..teenage tak teenage sangat lah...haha...



Huhu...Adek ku yang kedua...Lelaki...Pun tak ketinggalan...Berebut2 gak nak online...Walaupun die anak lelaki sorang...Bab berebut dengan adek die, tak nak kalah, tak serupa perangai sorang abg pun...We call him 'abg'...His name is Muhamad Ilham Bin Musril(16 y.o)..
:mRambut::mRambut::mRambut:..ni tu kamu..


Ha...stylo gurl..:mSmoking::mSmoking::mSmoking:Budjet ajer...huhu..ni lah adek bongsu aku...Nama die Imelda bt Musril..13 yeras old..Baru form 1...Dah sama tinggi dengan aku...sob..sob..huhu...bile dah besar nanti, jadi teenage..tak tahu la die besar mana...


Huhu...lihat lah hasil2 adek aku sejak boleh online kat umah ni...haha..Canggih manggih betul Myspace dorang...Leh katakan tiap hari leh tuka layout..lagi2 si melleda tuh...
Masing2 menunjukkan ke'poyo'an masing2...:puteh_28::puteh_28::puteh_28:...yang paling membara, bile aku panggil, berjuta kali pun tak berjawab...nengok2...dorang khusyuk tul study kat myspace ni...nek fedup pun ada..haha..tapi kagum gak dengan hasil mereka...tapi jangan sampai abaikan pelajaran sudah ye adek2..:pandaGeli_12:...No..No..No..n Never..Ingat tu yer...:mKipas:..Sayang anda semua..:mLove:

Labels: ,




Selamat Berbuka Puasa...(^_* )
/ 12:36 AM

Hye semua...:pandaGeli_36:
Lama jugak blog ni tak berupdate..Sunyi jer..
Nak buat macam mana...
Start bulan puasa ni Cik ~Mully2~ makin sibuk..Huhu...
Ape taknye..balik2 kerja kena la tolong meringankan beban family..
Huah2..munyinya macam anak mithali jer..:pandaGeli_15::pandaGeli_15::pandaGeli_15:

Bulan Puasa adalah bulan yang paling bahagia bagiku...
Time2 gini lah aku dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan...

Semalam

agenda 1 :
Adek Aku : Ibu, nanti buka puasa tunggu Mesa tau, Mesa nak g bli Yong Tau Fu jap, rini Mesa belanja
Pas die beli Yong Tau Fu,
Adek Aku : Eh...mana nasi tadi??
Ibu aku : Ha...tulah...lambat..semua dah kebulur dah ni..Ala,dah licin dah dek ayah dan kakak ko..
Adek Aku : Alahai, kan dah cakap tadi, tunggu Mesa..Sob..Sob...:pandaGeli_21:
Ibu Aku : Alololo....nak beli nasi sebungkus lagi tak? Esok kita makan sama-sama ek...Jangan la nangis...Jum2 kita makan Yong Tau Fu jum..ala anak ibu ni...

Harini

agenda 2:
Adek Aku : Ibu, harini makan nasi sama2 tau, jangan lupa Mesa tau.
Ibu Aku : Iye...tak lupe...
(Berkali-kali adek aku ingatkan ibu..Huhu..Time2 gini je lah nak berbuka sama2, minggu ni adek aku balik dari matriks, pasni balik time raya je)
Dalam pukul 7.17 pm azan berkumandang menandakan waktu berbuka puasa,


(semasa)


(selepas)

Huhu...Kami makan sama2...Suami isteri jiran tetangga sebelah pun makan asing...
Bahagianya aku...:mGelak::mGelak::mGelak:..itulah pasal adek aku sampai kuar air mata, terasa hiba dihati nye..

Tapi nasehat aku tuk adek aku tuh, takkan lah orang puasa nak tunggu die yang tak puasa tuh..
Hukhuk...Kantoi jer...:mJahat:
Fuyyo...Licin tuh...Haha...Best tul makan sama camnih..Nak g beli pun nak kena tanya pendapat n selera semua...Huhu...Selamat Berbuka...!!
:pandaGeli_32::pandaGeli_32::pandaGeli_32:

Labels: ,




Hari Pertama Berpuasa!
Monday, September 1, 2008 / 11:36 PM

:pandaGeli_32: Hari pertama (berpuasa) ni, saja nak wat post.. hehe.
Untuk awal ramadhan ni, langsir-langsir, perabut semua dah tukar:pandaGeli_25:.

Template baru?(kurang cun dlm browser musang berapi)
//ada problem sikit dgn lightbox..
Sila jangan salah paham dgn aku!! Aku masih lelaki sejati!!ThumbsUp

Sebenarnya cik mully dah lama komplen..katanya jiran tetangga dah tukar itu ini. Kak siti sebelah rumah dah tukar langsir.. Kak Timah belakang rumah dah beli tv flat screen.. Abg Leman sebelah rumah Kak Siti pun dah tukarkan mangkuk tandas baru utk isterinya.. Jd, utk tidak mengecewakan permintaan cik mully..aku telah menukarkan template ni.. kalah kak siti, kak timah, abg leman dan lain-lain.:pandaGeli_35:
Raya nnt nak kena tukar lagi ke cik mully?:pandaGeli_34:



Berkenaan cerita puasa di hari pertama lak.. ada satu kisah yang tak dpt dihuraikan lg di saat ini..:pandaGeli_01:

Kisah ni berlaku masa aku bersahur;

Aku : (melantak nasi berlauk'n sup ayam..Full tank tuk bekalan di hari pertama.)
Masa tgh menyuap nasi dgn mata yg separa buka tu..
Tetiba..

AZAN SUBOH!! (jam 0520)

Aku : (tersedak nasi..) Mak, dah azan? Dlm kalendar kul5.40?!
Mak aku : Jam kita lewat ke?
Aku : Boleh mkn lagi ke ni? Nasi tak abis lagi ni? (hehe.. padahal tak kenyang lg)
Mak aku : Org yg azan tu salah tgk jam ke? Excited tul dia nak azan..
Aku : Kira boleh mkn lg ke ni? Yakin je la kan azan kul5.40!!

p/s - utk pengetahuan semua.. tepat jam 0540, azan Suboh berkumandang lg..


Selamat Berpuasa!
:pandaGeli_32::pandaGeli_32::pandaGeli_32:

Labels: , ,




If you ever lost someone you truly love
Let me hear you say yeah.